Otai-otai Outdoor

Rabu, 2 Jun 2010

PENGUMUMAN...

Saksikan majalah yang bakal diterbitkan....


TUNGGU............................

Kinabalu The Real Challenge Begin For UiTM Kedah


Salam KeReX's geng... hehhehe... so untuk pengetahuan semua ahli-ahli KeReX's UiTM Kedah, projek tahun ini untuk tawan Puncak tertinggi di Asia Tenggara telah pun menjadi kenyataan..
Alhamdulilah... UiTM Kedah kini menjadi antara Kampus UiTM yang berjaya... ini atas usaha Kelab Rekreasi dan Sukan Extreme yang sentiasa aktif dan ingin menyumbang atas nama UiTM Kedah supaya ianya lebih cemerlang... namun tak lupakan juga pihak UiTM Kedah terutama P
rof Dr. Zaliha Hj Husssin, Pengarah Kampus UiTM Kedah yang sentiasa memberi sokongan dan suntikan semangat bagi meneruskan usaha gemilang ini.... ehhh... pandai plak aku bercakap.. bukan bodek yer... tapi ini ikhlas dari KeReX's untuk UiTM Kedah.... jom kita layan gambar sambil bercerita... meh...
Miss Izan dan Isz...


pada 16 Mei kak izan membawa Nora, Fatin, Fathiyah dan Wafa'a serta Edham berjumpa dengan Pengarah Kampus untuk mendengar kata-kata semangat sebagai bekalan sepanjang misi ini...dan kak Izan merupakan k
etua Projek maka keselamatan kami atau peserta adalah tanggungjawab beliau... kami waktu itu perlu memberi sokongan demi misi ini...

kak izan memberi penerangan kepada staf yang belum pernah menaiki flight

Team UiTM Kedah di LCCT bergambar sambil menunggu masa untuk check in..

time ni kebanyakan peserta tidak pernah menaiki flight, so peraaan memang berdebar-debar gak.. penerangan jelas oleh kak izan membuatkan kami yakin untuk mencuba pengalaman baru ini...malah kata-kata kak izan 'masa ini adalah untuk belajar... sesat jalan klau malu bertanya..' betul kan... disini ramai yang banyak membantu jika kami muskhil...


waktu senja... waktu ini dah jam 6.00 ptg.. di sabah sudah senja... gambar ni kak izan yang amik... cantik kan... Indah sungguh ciptaan-Nya...

kami sampai di Ng Sabah hampir jam 7.30 malam.. bus UiTM Sabah dan pemandunya Abg Azaman sangat setia menunggu kami... katanya org semenanjung datang melawat perlu diberikan keutamaan.. kami terus dibawa ke UiTM Sabah terlebih untuk mengambil kunci bilik dan seterusnya kuar semula untuk makan malam... semuanya seprti satu family plak.. ahaks.. kami ditemani oleh Amoi @ Cik Zurinah penolong pegawai Sukan yang sama jawatan ngan kak izan... kata kak izan inilah travel tour sepanjang misi ini dan kami berada disini... hahahha... kak izan ni iyer iyer jer.. hahahha.. tapi kami semua panggil dia Kak Zu... sbb kak izan marah panggil 'amoi' katanya xhormat... huhuhuhuhuhu... kan dh kena pancung awal2.. huhuhu...


so pada pagi 18 Mei, kami telah menaiki bus ke Unit Sukan UiTM Sabah.. lawatan kami ini adalah kerana ianya salah satu agenda penting.... selain itu jugak kami meninjau kemudahan sukan di UiTM Sabah... semuanya dalam pembangunan....


lepas lawatan kami terus bergerak menuju ke Taman Kinabalu Park.. namun kami singgah dulu di kedai makan apabila masing2 belum lagi bersarapan... huhuhu... masing-masing mmg makan tak ingat... yang special nye di Sabah ialah apa saja jenis masakan, akan dihidangkan bersama sup kosong... best gak.... tapi kami tengok kak izan selamber jer... lupa plak kami yang kak izan ni sudah biasa dgn Sabah..

dalam perjanan yang berbukit menuju ke Taman Kinabalu Park amat mengerunkan.. apataknya jalan berbukit bukau dan kecil... di kiri dan kanan bus adalah bukit-bukit dan nampak jugak puncak Gunung Kinabalu yang disaluti oleh kabus... waktu itu kedengaran kak izan meminta driver UiTM Sabah berhenti untuk kami amik gambar.... lama kemudian baru boleh di tempat yang ada ruang beso... apalagi.. memasing tak ingat bergambar... saat itu walaupun panas tapi... tetap dingin dan sejuk..

di sini akan dibina kereta kabel ke Gunung Kinabalu... projek baper juta tak tahulah tapi pastinya berjuta juta lemon... hahahaha... so back tu story... keta kabel ini tidak lah sampai ke puncak Gunung mungkin rendah sedikit dari Laban Rata...


sampai di Kinabalu Park, kak izan dan kak zu pergi membuat urusan pendaftran dan pendakian untuk esok sedangkan kami yang lain sibuk bergambar sana dan sini.... biasalah 'perak... tahu tak apa tu 'perak? hahhaha...

so inilah kaunternyer Pejabat Kinabalu Park.. nampak si edham pun dok bertenggek dok tanya mcm2.. nora ngan fatin pun sama.. karang ada yg kena smash tu.. hehehhe.. well mereka menolong kak izan membuat pendaftaran pada no ic untuk memudahkan pendakian dan segala aspek lain termasuklah urusan pengangkutan dan makanan sepanjang kami berada di Kinabalu Park dan pendakian.... wah sungguh menyenangkan dan memudahkan jika pembayaran sudah di buat oleh kak izan dulu.. credit to kak izan... ;)

sambil menunggu masa utk check in, kak izan mula lah dok sibuk nak amik gambar... padahal kami dah amik tadi... lupakan dia.. hahahah... atin, kak izan, makcik tipah (mak kak izan), joe (adik kak izan), wafa'a, edham, nora, fath, en khamis, en shuhaimi, en nizan dan Mr Adam... yang xder dalam gambar ialah aku sebagai penulis... dan kak zu yang malu... (malu ker)...

yer.... amik reramai geng UiTM Kedah... kata kak izan, misi kita ialah letak nama UiTM Kedah sebaris kampus UiTM yang lain... YESSZA... semoga dipermudahkannya..

dari kiri edham (part 1), isz (part 4), fath (part 4), atin (part 3), nora (part 4) dan wafa'a (part 6) dan kak izan (pen pegawai sukan)

kak izan yang dok try kamera isz sambil kami dok mengejek nya.. huhuhuhuhu..

dalam 2.30 ptg kak izan mengajak kami berjalan menuju ke Hostel, penginapan kami pada malam ini...

lepas letak beg, memasing nak berjalan-jalan... kak izan plak dok buat video dgn kamera keciknya tuuu.... hahahahah... kita kutuk skit kak izan tu.. hahahha..

kak zu yang mahu saja jadi penyampai berita sukan @ pengulas sukan... hahhaah..

nampak tak background kami.. berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang kami climb pagi 19 Mei...

masing-masing telah mendapat lunch box yg telah kak izan edarkan masa kami sarapan tadi... so memasing tgh tggu transport nak ke Timpohon Gate.... tapi...

ini adalah Abg Saigul, otai Guider UiTM Kedah... Abg Saigul ni memberi taklimat sementara menunggu bus (van) yang akan menghantar kami ke Gate Timpohon...

kami diberi kan taklimat mengenai persediaan mental yang sebelum ini diberikan oleh kak izan.. tentang segala perjalanan yang bakal kami tempuhi.. namun begitu kak izan telah membuat persediaan awal 3 org guide yang akan ikut kami iaitu En Saigul, En Syafik dan En Jypilus... so tak perlu risau... hheehe...

en shuhaimi yang khusuk mendengar....

Mr adam, en nizan dan atin yg dengar pengan penuh perasaan... hahahaha

masing-masing sibuk galas beg untuk pendakian...

gate Timphohon... "selamat mendaki"

pisss... suka erk... jup lagi mulalah masam.. penat dan mcm2...

jom.. jom.. kak izan memanggil kak zu... puas kak izan pujuk kak zu utk turut serta naik ke puncak...

jom kita layan trek Kinabalu...

isz, fath dan wafa...

trek kinabalu menuruni bukit dan landai.. sedikit demi sedikit kami mula mendaki.. trek kinabalu bertangga-tangga malah agak mencabar jugak... jom...layan trek...

kak izan ngan en shuhaimi yang kat belakang... kak izan mmg selalu di belakang... klau dia bawak kami as pegawai pengiring, dia selalu di belakang.. katanya 'mudah jika jadi apa2 akak tahu... klau akak kat depan, for sure akak tinggalkan korang then jadi apa2 kat korang akak tak tahu...' so itulah kata2 yg selalu dipegang olehnya dan jika dia perlu bantuan barulah 2 hingga 3 orang yg dia percaya akan mengganti dia menjadi sweper...

isz dan fath...

tangga berbukit-bukit...

jom... kita layan lagi....

hahahha... sambil mendaki kita merasai tanah-tanah yang berada sekeliling...

posing kak izan... hmmm... pendaki tegar... pas ni tak tau apa projek plak...

mengah... mengah mak kak izan tu... tapi alang2 dia dah ikut... teruskan makcik tipah... jangan sia-sia kan training tiap-tiap minggu..

en khamis pernah jugak layan trek kinabalu semasa dia masih lagi anggota tentera...

ada saja yang diceritakan oleh en khamis.... kak izan layan jer...

mak cik tipah yang tgh pujuk isz suruh isz jalan dulu... hahahah...

en khamis dan edham... edham pakai crocs jer.. ish..

anak dan ibu....

masa ini baru jer 1km.. dah rehat jup... kak izan tgh release kan beg makcik tipah... wafa ngan fath biasalah.. bergambar jer... hehhehehe... ramai jugak pelancong dari luar climb bersama-sama dengan kami.. masing-masing memberi semangat dan kata-kata peransang... jom layan lagi...

edham dan isz....

makcik tipah dan semput... tapi tetap mahu meneruskan pendakian... lalu, kak izan menyuruh kami dan yang lain gerak dahulu... tinggalkan 3 org guide bersama makcik tipah dan adik kak izan... namun bukan mudah kak izan nak tgglkan ibunya... so atin, nora, en nizan, Mr adam, en khamis, en shuhaimi serta fathiyah dan kak zu jalan dulu... yang tggl hanya kak izan, isz, edham dan wafa'a... so pecah pada 3 group.. kami di group ke-2... perlahan-lahan kami mendaki.. kak izan telah menggalas 2 beg.. hmm...

fath dan fatin yang rehat seketika..

fatin dan nora.... nora tidak pernah mengikut KeReX's dalam aktiviti pendakian..

seronok.. baru 2km.. hmm... 1km bersamaan 1 jam... hahahahha...

kak izan sudah menjadi porter... hehehhehe..

edham...

kabus di sekeliling kami... dan angis yang bertiup.. wafa'a sudah sejuk, isz dan edham masih setia dgn t-shirt begitu juga kak izan... hehhehe....

fuh... jauh lagi... wafa macam ok jer....

wafa dan kak izan..

isz di KM4....

inilah adalah dipersimpangan 2 jalan iaitu di sebelah kanan menuju ke Mersilau.. yang kami lalui adalah sebelah kiri iaitu dari Timpohon... tetapi untuk pengetahuan semua, jika anda dari Mersilau ianya agak mudah laluannya tetapi anda akan berjalan lagi jauh... huhuhuhu... so untuk permulaan kak izan biarkan kami melalui Gate Timpohon.. mungkin adalagi expedisi Gunung Kinabalu dari Mersilau....? hanya kak izan jer yg ada jawapannya.... dalan kepala nya ada macam2 perancangan.... hmm...


isz dan edham yang menikmati panorama area puncak bonzai....

kak izan dan wafa...

kata kak izan, Gunung Tahan rendah lagi dari iaitu 2662M... tapi kami dah berada pada ketinggian 2898M iaitu 4.5km... so ada lagi 1.5km utk sampai di Laban Rata... jom...

climbing lagi.... lagi 1.5 km... hehheehe

isz dan wafa di kawasan BONZAI...

jika melalui Bonzai, kami telah berada berhampiran dengan Laban Rata... so nampak tak signboard tu 5.5km... bagus kan... setiap km ada signboard.. naper gunung lain xder erk... kak izan tolong JAWAB?

lepak dulu sambil menikmati keindahan....

yea... dah nak sampai... baru kat Waras Hut... jom skit lagiii....

dah sampai....

sampai di Laban Rata, kami terus menuju ke Gunting Lagadan tempat penginapan kami.. sebaik jer meletakkan beg, kami tgk kak izan sudah meluru ke Laban Rata Guest House dengan sweater @ raincoat... kami terus follownya... katanya mahu turun kembali mendapatkan makcik tipah... kami menghalang kerana faktor kecederaan yang berulang pada tapak kaki kak izan... akhirnya bila pujukan tidak menjadi kudis, kami mengugut jika kak izan turun, kami (isz, edham dan wafa) akan mengekorinya... kak izan terpaksa membuat pilihan... keselamatan student atau turun.. akhirnya kami hanya menunggu ibu kak izan dan jo (adik kak izan) di Waras Cut iaitu bawah skit dari Laban Rata...


us of three..


kak izan dan kak zu....

nampak tak puncak Gunung Kinabalu....?

pada 20 Mei 2.30 pagi, selepas warm up, seramai 11 orang peserta jer menerukan pendakian, kak izan tidak membenarkan makcik tipah, kak zu dan adik kak izan atas faktor kesihatan... pada mulanya ramai gak yg nak tarik diri tapi mengenangkan kak izan dah 'sound' sehingga pertahankan apa yang kami janjikan sebelum sampai disini... cuaca amatlah sejuk... perlahan demi perlahan kami mendaki... kak izan, mr adam, en khamis serta en shuhaimi sudah mula kehadapan... tinggalkan kami yang lain sbb kami sudah perlahan... isz dan edham mula menarik nora dan fatin... angin pada ketika cukup kuat.. suasana gelap dan bergantung pada tali... mendaki menggunakan tali yang telah ada... ada beberapa peserta termasuk staf sudah penat kerana faktor udara.. semakin tinggi kita semakin kurang oksigen yang kita dapat...

kak izan sudah sampai di puncak bersama-sama ngan mr adam, en khamis dan en shuhaimi.. kemudian edham dan fath mengikut jejaknya... kak izan turun sedikit utk memberi peluang kami yang baru sampai... setelah semua dah bergambar.. kak izan menarik fatin untuk turun kerana fatin waktu itu sudah xberdaya... kami juga tidak mampu lagi menolong...

kak izan bleh plak buka sarung.... time kami jauh di belakang kak izan...

kak izan dan fatin di low peak... waktu tu 5.30 pagi...

ramai gak yang dok tunggu matahari naik...


akhirnya... sungguh indah ciptaan-Mu Ya Allah... Subhanallah..

masa sunrise, kak izan sudah berada di Low Peak iaitu 4095.2M bersama-sama staf yang lain... kami masih lagi berada di 8.5km iaitu 4035.o M... mme sudah dekat tap disebabkan faktor kesejukkan kami gagahi juga apabila ternampak kak izan sudah melambai ke arah kami... wahhh.. semangat kami menghitung langkah utk sampai di Low Peak.. perjuangan kami belum selesai... bendera UiTM Kedah di kibarkan oleh kak izan tapi... kami as student belum jejak lagi...

kak izan, en shuhaimi dan mr adam

berbangga sungguh kami..... UiTM Kedah.. what have a great staf...
en khamis, en shuhaimi dan abg mie....

edham dan fath.... sejuk walaupun matahari terik... angin kuat..

wafa, nora dan isz... antara lambat sampai..... hmm....

nora dan en nizan... rehat seketika... masa ni kak izan sudah memimpin fatin untuk turun...

isz melepaskan fatin kepada kak izan...

dan bendera UiTM menuruni puncak...

isz, wafa dan nora bersama bendera UiTM..

inilah pak cik yang telah membuat kak izan takjub malah... kita juga akan takjub... mencari sesuap nasi bukannya mudah... ada cite nape kak izan begitu takjub dgn pakcik ni.. subhanallah.. nak tahu tanya kak izan ok....

ni plak.. kak zu @ amoi.... senang dengannya....

peace dari kak izan... dah dah jom turun..

joe, adik kak izan... heheheh...

wafa termenung sambil makan coklat...

fathiya yang kesejukkan dan kepenatan... hehheehe.. mungkin lapor kot...

mak kak izan, kak zu, joe dan kak izan...

turun..memasing laju.... cuma kak izan jer slow2 sbb dia takut tapak kaki sakit... kecederaan lama tidak boleh berulang... naik ok.. tapi turun kena hati2.. mana-mana gunung, kak izan pasti turun dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.. jaga kaki katanya...


kak izan di belakang...

di Bonzai...

jom... kak izan lepak sambil tguu makcik tipah..

lepas turun dan kami sampai di Kinabalu Park jam 5ptg..., bas UiTM setia menunggu kami... kak izan mengarahkan kami membuat cooling down dan terus ke Bus.. sementara kak izan menyelesaikan urusan sijil dan checking sebelum meninggalkan Taman Kinabalu.. so 20 Mei kami berjaya TAWAN GUNUNG KINABALU ketinggian 4095.2M yang tertinggi di Asia Tenggara.. kami bertolak balik ke Kampus UiTM Sabah....

21 Mei kak izan memberi kami rehat secukupnya dan selepas sarapan lewat, kami bergerak ke Jeselton Point... kak izan membuat tempahan awal untuk boat dan snorkeling di Pulau Manukan untuk kami pada esoknya... pada mulanya kak izan nak sorang2 tapi biasalah... ada jer yg mengikutnya... hahahaha... emua mcm tak nak lepas kan peluang cuci mata walaupun pada waktu itu masing2 sakit kaki... hahahah.. still ada hati nak berjalan-jalan...

22 Mei kami bergerak keluar awal... kerana tidak mahu berebut dengan pelancong lain... kak izan juga berpesan supaya membawa bekalan kerana makanan yg dijual di Pulau Manukan amat mahal... inilah Jeslton Point... tumpuan pelancong-pelancong menyewa bot...

kami mahu masuk apabila kak izan masuk untuk membeli tiket masuk ke Pulau Manukan... masuk gak sebab tak nak lepaskan peluang melihat tempat orang... hahahaha.. ramainye pengikut..

kak izan dan wafa... hahahha.. masa ni wafa kena jd banker kak izan....

tiket masuk ke Pulau Manukan...

jom... jom...

can't wait... masing-masing punya lah excited...

bila time naik bot ni kena hati.. ombak agak kuat la..

dah sampai pulau manukan...

dengar taklimat skit pasal snorkeling kat sini...

kak izan yg tak sabo2 nak tukar baju... ish.. buruk benor...

wafa dan fath... tak takut mer'lid ker... hahhhaahah...

jom balik...

dalam jam 4.30 ptg macam tu kitaorg dah gerak ke jety... kerana bot yang terakhir dalam jam 5.00 ptg... so agak lama lah.. puas jugak 1 hari kami kat pulau Manukan ni... dapat tgk ikan, beri makan dan jelajah pulau.. ishh bayangkan dari jam 9 pagi hingga jam 4 petang... hehheh.. hitam lah lepas ni... hahahhahaha....
bye pulau manukan... insyaAllah ada rezeki kitaorg datang lagi...

so sampai di Jelton Point waktu hujan rintik-rintik... ngam-ngam cantik.. heheheh... syukur... sebab kak izan ngan en shuhaimi siap posting TITANIC plak atas bot tgh laut... heheheheh... sementara tggu bus jam 6 ptg, kak izan suruh kami merewang di Suria Sabah Mall... hehheh... sambil-sambil makan KFC dan macam-macam lagi...

23 Mei jam 8.00 pagi kami keluar awal... kami pegi Gaya Street.. menurut kak izan (kaki jalan) dan kak zu (travel guide), di Gaya Street boleh beli macam-macam yang tidak terdapat di Pasar Philiphines.. yeah.. t-shirt murah dan pearl pun banyak gak.. jom kita layan Gaya Street...

isz yang teruja untuk bershopping...

memproses kopi... yup.. anda boleh mendapatkan serbuk kopi yg fresh disini... kopi ini sentiasa habis... proses dan bungkus mesti ada pembeli.. penjual tak payah tunggu... mmg laku kopi ni..

wafa, isz dan fath sanggup menunggu utk mendapatkan kraftangan sebagai cenderahati utk diaorg...

kak zu menemani joe dan edham membeli t-shirt... hahahaha...

mutiara... yg boleh di dibeli mana-mana sahaja.. org pompuan suka benda2 ni... tgk fatin, nora, wafa dan fath banyak gak membeli.. ish...tapi lelaki klau shopping kalah pompuan... hahhaha.... sapa etuju dgnku.....

dari Gaya Street kami berjalan kaki dalam 10 meter ke Pasar Philipines dengan mengikut kak izan... di pasar ini lebih banyak pilihan dan terlalu banyak warna-warna kristal dan mutiara yang dijual.. boleh dikatakan setiap kedai kat pasar ini ada mutiara.. jenuh jugak memilih dan membeli... dan ada jugak yg mahal.. hmm... selesai bershopping, bas UiTM sedia menunggu kami.. kami dibawa ke Tg Aru iaitu Pantai Tg Aru.. selepas makan kami bertolak pula Karambunai.. satu destinasi penginapan yang cukup cantik dan MAHAL... hahhahaha...

24 Mei 2010, awal-awal lagi kami dah bangun dan sedia untuk pulang... lepas breakfast, Bas UiTM menghantar kami ke airport tapi kak izan telah meminta Abg Azaman (driver) singgah sebentar di Sutera Habour... wahhh... cantik tempat tu.. kami dalam 30 min untuk amik gambar.. bagi kami tak biasa dan pernah datang, akan mengambil gambar sebagai kenangan..


kak izan, belek majalah RAPI... info kesihatan kot... hehehe

kemas-kemas beg utk check in... kak izan tak nak ada yang terburai... hehhehe

kak izan menguruskan flight..

kami sampai di LCCT lihat bas UiTM Kedah setia menunggu... so kami terus pulang ke UiTM Kedah... tanpa singgah mana-mana kerana masing-masing sudah penat.. bagi kak izan, en shuhaimi, en khamis dan en nizan, esok adalah hari bekerja... teguh ingatan kami pada staf yg banyak membantu kami... well great to know u all..

so itulah geng... kami selamat pergi dan tawan gunung kinabalu.. balik dengan selamatnya... harap kejayaan ini dapat menaikkan nama UiTM Kedah di tahap yang lebih tinggi.. tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua peserta yang sanggup berkorban duit, tenaga dan masa demi UiTM Kedah... pasti kami berbangga... kerana Mu UiTM Kedah...


see ya sem depan.... klik KINABALU jika mahu baca lagi tentang kinabalu.. ok...