salam kerex's...
kali ni aku nak bercerita tentang otai kami iaitu Miss Izan... hahaha... berjaya jugak dia me'lanyak'kan @ men'dera' wakil @ ketua pelajar UiTM Kedah iaitu MPP... hahahaha... nasib baiklah wakil-wakil pelajar tu jenis gila-gila... tu pun puas gak sebenarnya miss izan nak buat ni... dia sanggup keluarkan belanja sendiri dan guna duit tabung KeReX's... hahahaha...
nak tahu..? actually kami sebagai ahli KeReX's belum pernah sekalipun mencuba berkayak laluan Tg Dawai ke Pantai Merdeka... tapi mereka ini menjadi perintis pertama guna laluan ini... Tg Dawai ke Pantai Merdeka then Pantai Merdeka ke Tg Dawai... klau korang tgk memang dekat tapi klau korang berkayak... ha.. penangan lah... tambah-tambah lagi klau yang tak pernah kayak dan jarang-jarang bersukan....
dengan hanya 10 orang wakil MPP, dan 2 ahli KeReX's.. xpdc ini berjaya juga... tak sia-sia kak izan angkat kayak... sebenarnya inilah kali pertama geng-geng MPP turun berkayak di laut.. sebab sebelum ini atau semasa buat aktiviti di mana-mana kem, diaorg hanya berkayak di dalam tasek jer.. malah ada yang belum pernah berkayak...hahaha...
yang syoknya Miss Izan bertanya... " reti tak berkayak...?" memasing jawab tak tahu dan tak pandai... siap suruh Miss Izan mengajar lagi... hahahahaha.. silap lah... sampai di Tg Dawai pagi tu Miss Izan tunjuk sikit anatomy kayak dan padlle.. begitu juga cara nak naik dan turun kayak...
selepas Edham buat warm up, kami bergambar dulu... sebab Miss Izan menantikan bot penyelamat JPAM... lagipun Kak Yus pun ikut bersama-sama ngan anak-anaknya... then Miss Izan suruh diaorg berpatner then terus berkayak... memasing mula panik.. tapi Miss Izan memberi arahan dan bertenang.. then sekejap jer diaorng dah boleh kendalikan kayak tu... hahahaha... senang jer....
miss izan turut ajar kaedah rafting dan turun naik kayak... tapi biasalah... orang lain lah demo.. Miss Izan jgn harap lah nak mandi laut... huhuhu...
then berkayak sehingga ke Pantai Merdeka.. so kami berkayak dalam 30 minit... masing-masing sudah kelaparan... kami sampai di Pantai Merdeka dalam jam 10.00 pagi... then Miss Izan bagi kami rehat dan makan.. 11.30 kami mula berkayak balik Pantai Merdeka... hahahaha... korang leh baca SINI ok...