Otai-otai Outdoor

Selasa, 16 Julai 2013

KURSUS FISIOTERAPI DAN NUTRISI ATLET LEVEL 11 2013

Assalamualaikum..

Maaf la sebab dah lama biar blog nie bersarang tanpa sebarang update mengenai aktiviti kami pada kali ini. Pada tanggal 16 Mac 2013 - 17 Mac 2013 (Sabtu-Ahad) yang lepas, kami mewakili UiTM Kedah ke Kursus Fisioterapi dan Nutrisi Atlet Level 11 2013 yang bertempat di Tabung Haji Pulau Pinang. Kami yang terdiri daripada 6 orang iaitu Edham, Kak Mira, Sarah dan Syaiza sebagai wakil Kelab Kerex dan Rakan Muda manakala Aimi dan Ana sebagai wakil Kelab Medicrew.

Seperti kebiasaanya, kami akan berkumpul di depo bas pukul 7.00 pagi dan menunggu Kak Izan.. Setelah semuanya sampai kami mula bertolak pada pukul 7.30 pagi dan ambil Am di Fasa 4. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Pulau Pinang.. Disebabkan saya, Sarah dan Aimi orang Penang so kami yang tunjukkan arah jalan ke Tabung Haji. Sebelum kami sampai Tabung Haji kami berhenti sarapan pagi di gerai yang berdekatan dengan Tabung Haji senang sikit dekat.. Ada diantara kami yang makan kuih-muih dan ada yang makan nasi lemak.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Tabung Haji yang tak sampai 5 minit dari tempat kami berhenti makan tadi... Kami tiba pada pukul 9.00 pagi dan terlewat 30 minit so cepat-cepat kami mendaftarkan diri, ambil beg, baju dan check in hotel. Setelah siap kami bergerak pantas ke bilik ceramah.. Setelah masuk dan mengambil tempat JENG JENG JENG... yang tengah bercakap didepan adalah FIZO OMARR.. Sebelum itu Kak Izan ada beritahu nanti ada Fizo Omar tetapi kami tak percaya. Bila dah lihat dengan kepala, hidung, mata sendiri barulah kami percaya.. Terkejut tu semestinya la. Rupa-rupanya dia sebagai ikon untuk Sukan dan Belia. Kemudian dia panggil wakil untuk semua Universiti , Politeknik dan Kolej untuk buat trademark di depan..

Antara IPTA yang ada adalah, UiTM Shah Alam, UiTM Kelantan, UiTM Peris, UiTM Perak, UiTM Johor, UiTM Pulau Pinang, UiTM Melaka, Politeknik Seberang Perai dan banyak lagi.. Setiap wakil IPTA dikehendaki membuat trademark masing-masing sebagai lambang negeri atau universiti masing-masing. Ada yang menari, menyanyi dan macam-macam lagi.. Kini tibala giliran UiTM Kedah.. Kami setuju dengan idea gila Am yang trademark kami berbunyi seperti " BIAQ P DEPA! BIAQ P DEPA! BIAQ P DEPA RASA EHHHHH AHHHH HAMPA ADA??" hahahaha.. Fizo sampai tergamam then dia suruh kami buat sekali lagi.. hahaha.. kami kat atas dah malu tapi sempoi..




Selepas tu kami main game tapi saya tak ingat nama game nie kena sebut nama universiti kita 3 kali dan sebut nama universiti lain then universiti yang kita sebut tu pun buat macam tu juga dan sebut universiti lain.. Setekah tamatnya ceramah dari Fizo kami diberi rehat sebelum ceramah sesi yang kedua pula.. Kami mengambil kesempatan untuk tangkap gambar dengan Abang Fizo.. hehehe silalah jeles dengan kami.. hahaha lawak jaa...




Sesi ceramah 2 pada pukul 11.00 tengahhari oleh Puan Faizah Mat Jais iaitu Pegawai Fisioterapi ISN... Beliau memberi ceramah mengenai fisioterapi dan cara merawat atlet-atet yang tercedera ketika bersukan.... Banyak input yang kami perolehi dari beliau dan insyallah ia akan berguna kepada kami. Perkara baru yang kami dapat disini mungkin ada yang antara kami dah tau apa kegunaan Kinesiology tape tapi bagi saya dan ada peserta yang lain benda adalah sesuatu yang baru.. Kami juga tahu cara-cara nak merawat untuk beberapa kecederaan sukan..


Pada pukul 1.00 tengahhari kami diberi masa untuk rehat, makan tengahhari dan solat.. Pada tengahhari tu kami dihidangkan Nasi Ayam.. 

Pada pukul 2.30 petang kami dikehendaki berkumpul semula di dewan untuk aktiviti praktikal. Pada petang tersebut Puan Faizah menunjukkan kami demo merawat mangsa yang tercedera, cara-cara nak guna Kinesiology tape dan sebagainya. Pada pukul 4.00 petang sesi Puan Faizah telah tamat dan pada pukul 5.00 petang kami dikehendaki menghadiri Majlis Perasmian  di dewan yang sama. 

Setelah tamat majlis perasmian pada pukul 6.00 petang dan disebabkan rumah saya dan sarah tak sampai 5 minit pun untuk ke Tabung Haji kami mengambil keputusan untuk balik rumah dan Kak Izan, Am, Kak Mira, Aimi dan Ana tidur di hotel.

Pada keesokan harinya iaitu 17 Mac 2013 (Ahad) pada pukul 7.30 pagi kami sarapan dan pukul 8.00 pagi ceramah Pemakanan Sukan "Resepi Juara" oleh Cik Azimah bt Ahmad iaitu Pegawai Dietetics ISN... Beliau memberi ceramah bagaimana nak menjaga pemakanan untuk atlet dan juga dalam kehidupan seharian kita.. Banyak juga input yang kami dapat dari ceramah beliau. Kemudian pada pukul 10.00 pagi kami diberi minum pagi dan dikehendaki ke dewan semula pada pukul 10.30 pagi.. Beliau meneruskan ceramah sehingga pukul 1.00 tengahhari.. Kali ini beliau mengajar kami cara nak mengira kalori yang kita makan dalam seharian. Perkara ini bolehla dipraktikkan nanti dalam kehidupan seharian.




Pada pukul 1.00 tengahhari kami diberi rehat, makan, dan solat.. Pada pukul 2.00 petang kami ke dewan untuk sesi penutup dan bergambar.. Semua IPTA dikehendaki menghantar seorang wakil untuk merumuskan apa yang kami dapat sepanjang kursus ini berlangsung.. Ana sebagai wakil UiTM Kedah dan merumuskan segala input-input yang kami dapat.. 


.
Kami bersurai pada pukul 5.00 petang dan checkout hotel.. Sebelum sampai UiTM Kak Izan yang baik hati belanja kami makan KFC.. Terima Kasih Kak Izan.. Kami tiba di UiTM pada pukul 7.00 petang.. Kursus ini sangat berbaloi dan insyallah akan diperaktikkan suatu hari nanti.

disediakan oleh :
 Nursyaiza - KHOM00254

Ekspedisi Gunung Keriang, Kedah

Assalamualaikum, maaf la dah lama tak update blog.. hehehehe.. maklumlah sebagai student sibuk dengan assignment, test dan quiz.. Tapi sekarang diawal semester so masa tu terluang la sedikit. 

Aktiviti kali ini Kelab Rakan Muda berganding bahu dengan Kelab Kerex's untuk mendaki Gunung Keriang. Kalau korang nak tahu Gunung Keriang ni terletak di Alor Setar, Kedah. Program kali ini disertai oleh pelajar seramai 27 orang dan 4 pegawai pengiring salah seorang adalah  Cik Kodok kita iaitu Fahizan Azizan, Cik Noor Israa, Cik Nurazlina dan Dr Azhari.

Seperti biasa pelajar siswa dan siswi dikehendaki berada di depo bas pada pukul 7.00 pagi . Setelah semuanya sampai kami mula bertolak pada pukul 7.30 pagi. Disebabkan ramai yang belum sarapan lagi so bas berhenti di Shell Alor Setar untuk membeli roti, air atau keropok di mini market Shell. Semua pelajar hanya bersarapan di dalam bas. Kena makan bagi ada energy untuk mendaki. Kami sampai di kawasan rekreasi Gunung Keriang pada pukul 8.30 pagi dan tanpa membuang masa terus membuat rengangan.

sebelum pendakian..

Setelah selesai membuat rengangan kami diberi taklimat oleh guide selama hampir 30 minit. Semua  pelajar kelihatan bersemangat dan berseri-seri.. hehehe maklumla ada yang first time, ada yang nak lepas gian mendaki dan ada yang nak buang lemak-lemak di dalam badan sebab cuti semester asyik bela badan jea.. hehehe gurau je..

mula mendaki..

AJK Sekretariat Rakan Muda dan KeReX's


Peserta mula melalui perkampungan penduduk kawasan dan sampai di tangga batu seterusnya mula mendaki. Kami menggunakan laluan Gua Gunung Keriang. Di dalam gua tersebut terdapat banyak kristal. So apa lagi seorang satu dok mengangkut batu kristal hehehe dah guide memberi keizinan so angkut je la bukan senang nak pergi. 

muka ceria siswi...

muka ceria siswa..


Terdapat tiga buah gua yang kami lalu pada mulanya, mengikut perancangan asal pelajar akan melalui gua tersebut untuk menuju ke puncak Gunung Keriang. Namun begitu sehingga gua ketiga yang memaksa kami memanjat batu-batu turun dan keluar semula dan berkumpul dipersimpangan jalan. Menurut guide, kami tidak boleh melalui gua kerana keadaan gua yang licin dan agak berbahaya kerana kawasan agak basah...



kak izan sedang memanjat..hehehe


Kami agak kecewa la sebab yang best mengenai Gunung Keriang nie gua la, cantik lagi tu. Tapi tak ada rezeki kami untuk melalui gua tersebut sebab keselamatan sangat penting. Kami meneruskan pendakian dan kali ini trek agak mencanak dan memanjat tangga-tangga batu. Pendakian kami terpaksa diperlahankan kerana 5 orang pelajar agak penat dan asyik minta take 5. Maklum la first time, dulu saya pun macam tu juga.. hehehe tapi kagum dengan semangat diorang tak putus asa hingga sampai ke puncak. Setelah memberi sedikit minuman tenaga, coklat, tenaga mereka agak pulih dan mula mendaki semula.

4 orang siswa part 6..

Akhirnya, kami tiba di puncak pada pukul 11.30 pagi. Semua pelajar berehat dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Sambil bergambar kami mengeluarkan bekalan makanan antaranya coklat dan makanan ringan.  Setelah berehat selama 30 minit kami mula turun. Kali ini pelajar agak laju dan sambil menurun pelajar mengutip sampah yang ada sepanjang trek.

pemandangan di puncak


nora,syaiza, sarah dan ziqa

Alhamdulilah, pada pukul 12.45 tengahari kami selamat tiba di tempat rekreasi Gunung Keriang. Sebelum bertolak balik, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guide kerana sudi memberi penerangan tentang batu kristal dan juga sejarah Gunung Keriang. Pada pukul 1.15 tengahhari kami berhenti untuk makan tengahhari dan solat zohor.

Setelah makan dan solat, pada pukul 2.00 petang kami menuju ke Muzium Padi tetapi sayangnya kak izan, Cik Nurazlina dan Dr Azahari tidak dapat mengikuti kami sebab diorang kena pergi Kuala Nerang ada program Rakan Muda Wawasan Desa IPT... hanya Kak Israa yang mengikut kami. Selama sejam berada di Muzium Padi kami menaiki bas dan pulang ke UiTM Merbok pada pukul 3.30 petang. Kami tiba di UiTM Merbok pada pukul 4.30 petang.

Alhamdulilah, aktiviti kali ini berjaya dengan jayanya, semua pelajar kelihatan seronok dan semoga aktiviti kali ini memberi kenangan yang cukup bermakna kepada semua.

disediakan oleh,
syaiza - kohm 00254



Ahad, 27 Januari 2013

an unexpected gng jerai

Assalamualaikum… ni hao..

jom sembang-sembang tentang aktiviti terbaru kerex’s n rakan muda. tengok tajuk pun dah boleh agak yang event ni “unexpected” dan tercetusnya idea ni bila sekumpulan dari kami lepak minum and supper lepas meeting bersama penasihat cik al-kodok.. so bila ramai yang nak pegi pun on lah.... yang bestnya, malam nak pegi baru lah kami berbincang dalam fb, agihkan barang-barang yang nak dibawak..

11 Januari 2013/ 3.00pm :- tarikh dan masa kejadian bermula..hehe..  dengan perasaan yang girang gemirang kite orang tunggu kat depo bas.. masing-masing pun rushing tak tentu pasal. Yelaaa.... sebab aktiviti yang tak dijangkakan.. yang pegi LDK pun sanggup keluar awal.. haha.. yang lagi best pergi tak de lah ramai mana. 10 orang student dan 5orang staff termasuk Kak Izan (mastermind), Cik isra, miss Jonet and fiancĂ© dengan Guide Abg Opie.. guide pun diskus malam nak pegi tu... hahahahaha..... keje gila...


lebih kurang 3.30pm kami semua bergerak ke Seri Perigi.. janji kul 3 so masing2 xnak lewat takut kena saound butare.... itu cik al kodok, israa dan myra yg lambat... tambahan pulok si mira plak ada keje sket... akhirnya kul 4.15pm kitaorang sampai. guide dok bising bila mau naik... aduyai.... 

Oleh kerana “unexpected” lagi.. minyak masak pun kiteorang lupe nak bawak.. nasib baik la ada makcik jual pisang goreng tepi jalan.. ape lagi kami pun poww la sikit minyaknye.. masa atas bas baru teringat.... hahahahahahhah.... kami pun mengikuti langkah cik al kodok melintasi jambatan kayu... sana, guide bagi masa utk kami packing last2 dan check barang.. kemudian guide memperkenalkan diri dan terus bagi taklimat pendakian..... aishhh... dalam hati terdetik - hemsemnya guide kami... putihnya dan memang macho habis... tergoda beb tambah2 lagi si nora... hehehehhehe....


lepas Guide bagi sikit taklimat kul 5.00pm kami semua mulakan mendaki.. trek yang kami guna ni memang best sebab awal and akhir trek ni x de penanda.. so knela kami cari sendiri and kalau xsilap kami la group pertama guna trek ni Tahun 2013 ni... wahhh... hebat2... kata abg opie, trek ni sangat jarang digunakan dan dia berkata bahawa kami adalah group gila sebab ajak dia mendaki pada waktu malam... heheheheh....

 our mastermind…. kak ijan al-kodok

berhenti rehat seketika..


30 min pertama pendakian kami terhenti seketika... apabila nora tetiba slow dan fening.. so cik al kodok mengrahkan nora duk depan tapi dia kembali dok dibelakang.... lepas 15minit perjalanan.. “Unexpected” situation were happen.. Nora muntah so kami berhenti seketika... bagi bantuan apa2 yang patut terutamakasi perut dia dan kepala selesa, barulah kami teruskan perjalanan.... 




so kami semua slowkan perjalanan.. slow2 pun bergambar tetap laju.. sini sana sinun snap picha jer keje kami.. haha... bila dah behenti masing2 dok selak2... mak aiiii.. pacat 4-5 ekor kat kaki.. baru 1 kaki... selak kat kaki lg satu, pun ada 3 ekor... huhuhuhu... masing2 mulut dok cok cek... xde plak yang geli... pakai buang mcm tu jer... sapa just buang dekat2 memang kena sound.. sebab nanti tu pacat naik kat org kwn lain plak... baik xyah buang langsung... hahahaha... serius... sorang sekali kena maunya 6 hingga 7 ekor... huhuhu... 


dalam dok kami buang pacat, abg opie ckp... "biasalah, pacat tu sukan kat org baru pertama kali guna trek ni, kat aku dia xnak sbb dah biasa... hahahaha" masing2 duk kutuk, sekali abg opie selak suarnya haaaa... 3 ekor dok kat lutut... hahahaah... tetiba abg opie bangun.. bukak baju sambil duk belek2 badang dia yg sekeping... rupa2 nya dia terkena cekenit... apa lagi... kena bahan la... heheheh... seb baik dia spoting...


lupa plak nak bgtau... trek seri perigi ni memanjat jer.... cuma ada satu je menurun... yg lain semua memanjat... awal pendakian dah mencanak... adehhh.... tapi alhamdulillah... kami belum pewai kecuali NORA... hahahahaaha.....


akhirnya... kami sampai anak sungai... refiil air dan lepak seketika... waktu itu jam sudah tunjuk kul 6.45 petang... lepak sambil sembang2 kosong.....  cuaca pun makin gelap.... kul 7 kami memulakan perjalanan....

cik al kodok n faiz..

miss jonet, myra, cik israa, nora, syaiza & faiz...

pali ngan epy..

apalah yang dikutuk oleh nora tu sehingga pali suke dan kak izan tersengih..

lepas lepak kita org terus angkat sauh masing2.... sambil itu tourch light atau headlamp pun dah dikuarkan... masing2 senyap... setengah jam kemudian, terdengar azan yg menandakan waktu maghrib... so take 10 min... hehehehehe... kemudian kami sambung kembali perjalanan.... ada ketika nya kami berhenti seketika untuk mencari penanda trek....  

muhaimin yg menjadi model headlamp... muahahahhahhahaha....

 Magee time....

Mulanya perjalanan kami dijangka sampai dalam 4 jam.. tapi disebabkan beberapa perkara yang unexpected dan tak dpt dielakkan so perjalanan kami agak mengambil masa.. sempat la berhenti masak magee sebelom teruskan perjalanan and cari jalan tok ke puncak.. yummy… yummy… Pewai jugak la rasanya.. hehehe


Kire-kire kul 10.30 pm.. sampai la kami kat Kem Rimba.. waktu tu sume pun dah hilang penat.. excited jer nak bukak khemah… waktu sampai tu, kami tgk ada group lain pun duk berkhemah kat situ... group ngan penuh dengan motor dan lampu yang menggunakan generator... yeayy.. bleh kami menumpang cahaya sikit... selepas bertegur sapa, kami terus ke dewan terbuka... 

Sampai-sampai jer sume pun dah tau ape nak dibuat.. letak je beg, bukak kasut.... pasang khemah n bukak dapur la.. ape lg.. masing2 tolong2 apa2 yang patut... al maklum lah.. memasing penat dan sama-sama penat... dah tahu bahagikan kerja...


 Main masak-masak yokkk… tomyam di Jerai..


licin makanan malam tu...

Paling best sampai jer kat Kem Rimba ni sume pun liat nak g mandi.. mane idoknye kome sejuk bedi kat atas tu.. aktiviti malam macam biase lah.. makan dan ice breaking.. sume pun kusyuk jer dengar cerita guide tentang Gunung Jerai. Banyak jugak la yang kami tau tentang sejarah Gunung Jerai..Dalam kul 1 pagi baru lah sume pun urus diri dan rehat.. tentang pengalaman masing2 mendaki gunung... so bleh dikatakan semua beginner dalam mendaki gunung jerai ni tambahan pulak ikut trek seri perigi yang al-kodok dan guide rate 80% hardcore.... toink.. toink...

lepas makan dan membasuh serta mengemas, barulah masing2 pakat nk g mandi... walaupun sejuk, tetap gak nak mandi.... waktu tu guide dah masuk khemah tido... nyaman kowt lepas mandi... almaklumlah... petang tu, peluh tak ingat.. klau perah baju for sure dapat 1 baldi... baldi kecik la kowt.. melampau la weyyy.... busuk tu tak yah cakap lah... huhu....

 Myra, Cik Isra, Nora n Kak Ijan.. sempat lagi bergambar seyhh..

faiz, syaiza, cik israa, cik kodok dan nora yang terawal bangun... hehehehe..

 faiz, Epy, Muhaimin, Pali, myra dan suhair.... mengalahkan pompuan ni bile tangkap gambo..

12 Januari 2012/ 7.00am:- sume pun gagahkan diri tuk bukak mata.. warrgghhh…. Sejuk beku tido dalam khemah ni..haha.. untung lerrr orang tu tido dalam sleeping beg bulu angsa itik.. uiisshhh kelas kaww jah… haha… so as usuall la.. masing-masing pun wat ape yang patut.... tapi guide kami belum bangun lagi... ni comfirm pewai semalam tambahan pula malam tadi dia makan sikit dan lepas makan ubat sakit kepala....

Cik Al-kodok pagi2 da bangun tuk jalankan tugas masterchef.. menu pgi ni  bihun goreng + neslo.. kau hade…haha..seriously permandangan kat Kem Rimba yang sangat menyejukkan mata.. dari atas boleh tengok sawah and laut area Yan… and as usuall too.. click..click sana sini haruslah agenda utama setiap kali trip kan.. while all the gurl prepare for the break1st, mereka2 yang lain ditugas kan to bersihkan kawasan setempat sebelom semuanya together-gether sarapan....


bagi sudah puas mengambil barang2, kami semua jenjalan sambil mengutip sampah... sambil tu wajib lah bersnap2 sana sini... puas berjalan dan clearkan apa2 yang patut, kami kembali ke  tapak khemah...




sampai dewan terbuka, kami tgk bihun untuk bekfest dah siap cuma tunggu air je so cik al kodok mengarahkan semua khemah diturunkan.... . hehehehe.... sapa nak mandi bleh pegi mandi janji semua dan siap2 termasuklah khemah yang perlu diturunkan dan dikemaskan....


bihun grg utk bekfes...

guide kami yg hemsem yang muka tak mandi.... hehehehehe...

lepas bekfest masing2 mengemaskan kawasan sekeliling...dah siap semua kul 10.30 pagi, taklimat perjalanan sekali lagi diberikan... kali ini kami akan mngikut trek tangga kenari terus menuju ke Yan.... uiks... 4 jam jugak perjalanan ni... insyaAllah.....

nora khusuk dengar penerangan trek dari guide....(nora usha guide ke beri perhatian)


getah damar minyak yang boleh dibuat minyak wangi.... tetapi apabila dibakar ianya berbau kemeian....

unik tak....

13 of us... guide hemsem tlg amik pic ni....

sambil berjalan kami berhenti seketika untuk mengenali poko dan mendegar keistimewaan gunung jerai ini... sambil itu tugas utama kami untuk jungle clean dijalankan seperti biasa... 5 plastik hitam di sasarkan... hehehehe... tapi rasanya akan lebih ni... 





14 of us...


kerex's and sekretariat rakan muda

aksi apa ntah si nora ni...

macam2... ^^

muka happy jer... guide happy ke ngan kitaorg...

persimpangan ke trek tangga kenari, hotel dan gurun..

lepak seketika di telaga tok sheihk

apabila sampai di telaga tok sheik, masing2 amik peluang basuh kaki... agenda utama bergambo pastila ada tapi yang paling best... masa nak pakai kasut tu ada lah pacat yang sudah kenyang... perut nye buncit... hahahah.... pastu pacat tu nak angkat badan untuk bergerak xbole... punya la pacat tu amik masa dan try banyak kali pun tak boleh berubah kedudukan dia... apalagi lagi jadi bahan la pacat tu.... hahahahha... itulah balasan bagi pacat yang tamak... hehehehe....

tentang telaga tok sheikh ialah, Tok Sheikh ni merupakan orang yang yang bertanggungjawab mengislakan Maharaja Debar Raja l yang kemudiannya bergelar sultan muzaffar Shah pada abad 1136... huhuhuh.. lamaya.. beratus-ratus tahun dulu kalanya... dan makamnya di Kg Bujang adalah buktinya...

gerak nak turun tangga kenari... 

sepanjang perjalanan mengikut jalan tar ni, memang ada pelawat yang naik ke atas menggunakan kereta... kami je tak mampu bwk keta, so bwk lah beg... heheheh.... kat atas puncak ni macam2 ada... yang pastinya ada banyak tempat bersejarah dan mitos gunung jerai sehinggakan wujudnya nama pulau2 kawasan yan....



akhirnya kami sampai di Batu Kapal... mengikut abg opie yang dia pun dengar2 jugak... batu2 besar yang ada disini sememangnya adalah kapal yang telah disumpah oleh Sang Kelembai menjadi batu... dan pastinya ada batu yang berbentuk ikan yang berdekatan ngan abg opie (gambo diatas)... kami tak amik la picture tu... takut gak... heheheh... 

girls only...

leka mendengar mitos batu kapal....

menurutnya lagi kapal ini kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa di sumpah oleh sang kelembai ketika nak berlabuh di Pulau Serai, iaitu nama asal Gunung Jerai... huhuhu... Pulau Serai...? 



selepas melewati batu kapal, kami mula trekking menurun ke trek tangga kenari... di sini kami akan singga air terjun naga... kenapa dipanggil naga, jangan tanya kami,k... huhuhu... selepas meletakkan beg di persimpangan air terjun naga dan tangga kenari, kami pun mula turun ke bawah... adehhh... 

air terjun naga...

akar pokok...

puas berjalan, akhirnya kami menjejak trek tangga kenari... namanya tangga kenari tapi tangga tu ada di bawah lagi.... bukan kat atas ni ok... dan kami masih di puncak gunung jerai...

adidas sapa tu...

sepanjang perjalanan turun, muka pun masing2 agak pewai plus happy... why..? cik al kodok dok depan, sapa berani potong dia... katanya... org lambat kena dok depan... hahahaha... guide pun slow je turun... ikut laluan ni walaupun cerah tapi still lagi bahaya.... sekeliling adalah hutan yang agak tebal da penuh dengan batu2 besi... satu yang kami bleh lihat... trek tangga kenari ini dipenuhi dengan batu bijih besi.. so apalagi soalan pun terkeluar... katanya ada ura2 bahawa kerajaan kedah ada menawarkan orang2 kampung untuk mengendalikan batu besi di kawasan ini tetapi tiada siapa yang sanggup.. yalah... naik turun kan nak kutip batu besi ni... huhuh... kami pun tak sanggup...

menurut guide lagi, kami akan melalui south korea dan klia untuk trek ini... wuishh.. masing2 menantikan... check point itu... akhirnya kami berhenti seketika di kawasan lapang... tgk jam baru kul 1.00 tengahari... perut pun agak2 dondang sayang dah... so kami gerak ke batu putih... rupa-rupanya adalah kawasan air terjun... airnya tak yah cakap, agak bersih... masa nak sampai tu, kami terserempak dengan burung helang... subhanaallah... besar kowt... klau angkat manusia ni mmg bleh... huhh... 



sampai je, kami terus letak bag dan kak izan bwk kuar stove dan periuk untuk masak... menu tghari ialah sandwich dan maggie... bihun yang kak izan tapau balance tu di habiskan oleh abg opie... katanya itu sarapan dia... hahahaha... pagi td dia makan skit je sebab perut tak selesa katanya...

guide tolong masak...

guide (opie), faiz, pali, abg daim, zuhair dan syaiza...

lepas makan, dan rendam2 skit badan dengan air yg sejuk itu, kami mula packing... dah siap packing cik al kodok ckp perut tak selesa... nak cari port... hhahahahaa... ada jugak yg follow... terus dia turun cari port... dah settle semua, kami mula berjalan turun... sampai simpang yang kami letakkan plastik sampah, kami terus melalui KLIA... hahaahahaha... rupa-rupanya tangga tinggi yang 90' itu dipanggil KLIA... hahahaha... so turunlah... agka berhati-hati kerana licin dan batu2 dibawahnya tak berapa nak kejap... hehehehe...

selepas melalui KLIA kami mula memasuki trek hutan pulak... trek ini memang menjadi trail mountain bike... tapi masa kami guna trek ni, mmg xde group basikal dan xde pendaki yang turut menggunakan trek ini... uishhh.... nampaknya xde pendaki2 tegar yang nak ke sini... huhuhu...

south korea...

20 minit kemudian, akhirnya kami sampai di south korea... masing2 take five sebab... abg opie cramps perut... hahahahaha... duk gak kutuk2 dia tapi dalam hati je lah... mesti dia pewai... hahahahaha.... apa yang dikatakan korea, sbabnya kawasannya seperti musim luruh di korea... sejuk dan angin... serta lapang... macamlah kami dah sampai korea, kannnn.... heheheheh... so kenapa dipanggil korea, kami pun tak tahu... masa rehat tu si muhaimin plak duk pasang lagu winter sonata... adehhh... masing2 senyap layan hati... hahahaha... budak2 kerexs JIWANG... hampeh!


akhirnya kami sampai di pondok bermulanya anak tangga kenari 1000 tahun... dalam kul 4.30 petang macam tu.. huish laju gak kan.... tgk kat pondok tu sampah seperti botol air, tin banyak kowt... so masing2 pakat2 memenuhkan bag plastik sampah... sambil itu bleh take 5 kejup... cik al kodok pun nampak pewai... sama gak ngan guide... heheheheh.... 

syaiza..


habis je sampah tu, kami mula menapak turun... sambil itu mengira2 anak tangga kenari... masing2 agak perlahan kerana kuatir licin... kak izan dok bising klau ada sapa2 yang dok nak lari2... sambil2 itu si faiz dan mira duk mengira anak tangga... ramai gak yang sudi membilang bersama-sama...ada 1116 anak tangga..... berhenti je confirm menggeletar lutut..haha.. Sambil-sambil perjalanan turun kami buat jungle clean-up.. perkara yang amat dikesali tentang hikers yang xbertanggungjawab.. banyak noo sampahnye..


Lebih kurang kul 5.30 petang kami sampai ke Titi Hayun… cadangnye nak mandi air terjun tapi nengoknya ramai beno... so cancellah... nak g makan ais kacang kat Pantai Murni.. tapi disebabkan bumbung bas UiTM xlepas nak masuk jalan, kami membatalkan hasrat nak pergi n trus balik UiTM... naik je bas, masing2 amik peluang rehat... muka masing2 macam sedey jer... hurmm.....


Sesampainye kami di Depo Bas dalam kul 6.30pm, kemas-kemas barang dan sayonara la…. lepas kami kena bawak pegawai kehormat kesatria naik ke gunung jerai... buat aktiviti perkhemahan... owhhh... bagaimanalah nanti ngan diorg... mesti kami akan jadi skema dan keras semacam... huhhu.... 

penasihat : cik al kodok
ahli kerexs & rakan muda : myra, epy, syaiza, nora, faiz, pali, mursyid, muahaimin, zuhair
staf & pensyarah : cik israa, jonet & her fiancee daim
guide hemsem : saufi halim 

**ahli kohm : cik al kodok, syaiza dan myra.... 

by myra lululala...