Maaf la sebab dah lama biar blog nie bersarang tanpa sebarang update mengenai aktiviti kami pada kali ini. Pada tanggal 16 Mac 2013 - 17 Mac 2013 (Sabtu-Ahad) yang lepas, kami mewakili UiTM Kedah ke Kursus Fisioterapi dan Nutrisi Atlet Level 11 2013 yang bertempat di Tabung Haji Pulau Pinang. Kami yang terdiri daripada 6 orang iaitu Edham, Kak Mira, Sarah dan Syaiza sebagai wakil Kelab Kerex dan Rakan Muda manakala Aimi dan Ana sebagai wakil Kelab Medicrew.
Seperti kebiasaanya, kami akan berkumpul di depo bas pukul 7.00 pagi dan menunggu Kak Izan.. Setelah semuanya sampai kami mula bertolak pada pukul 7.30 pagi dan ambil Am di Fasa 4. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Pulau Pinang.. Disebabkan saya, Sarah dan Aimi orang Penang so kami yang tunjukkan arah jalan ke Tabung Haji. Sebelum kami sampai Tabung Haji kami berhenti sarapan pagi di gerai yang berdekatan dengan Tabung Haji senang sikit dekat.. Ada diantara kami yang makan kuih-muih dan ada yang makan nasi lemak.
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Tabung Haji yang tak sampai 5 minit dari tempat kami berhenti makan tadi... Kami tiba pada pukul 9.00 pagi dan terlewat 30 minit so cepat-cepat kami mendaftarkan diri, ambil beg, baju dan check in hotel. Setelah siap kami bergerak pantas ke bilik ceramah.. Setelah masuk dan mengambil tempat JENG JENG JENG... yang tengah bercakap didepan adalah FIZO OMARR.. Sebelum itu Kak Izan ada beritahu nanti ada Fizo Omar tetapi kami tak percaya. Bila dah lihat dengan kepala, hidung, mata sendiri barulah kami percaya.. Terkejut tu semestinya la. Rupa-rupanya dia sebagai ikon untuk Sukan dan Belia. Kemudian dia panggil wakil untuk semua Universiti , Politeknik dan Kolej untuk buat trademark di depan..
Antara IPTA yang ada adalah, UiTM Shah Alam, UiTM Kelantan, UiTM Peris, UiTM Perak, UiTM Johor, UiTM Pulau Pinang, UiTM Melaka, Politeknik Seberang Perai dan banyak lagi.. Setiap wakil IPTA dikehendaki membuat trademark masing-masing sebagai lambang negeri atau universiti masing-masing. Ada yang menari, menyanyi dan macam-macam lagi.. Kini tibala giliran UiTM Kedah.. Kami setuju dengan idea gila Am yang trademark kami berbunyi seperti " BIAQ P DEPA! BIAQ P DEPA! BIAQ P DEPA RASA EHHHHH AHHHH HAMPA ADA??" hahahaha.. Fizo sampai tergamam then dia suruh kami buat sekali lagi.. hahaha.. kami kat atas dah malu tapi sempoi..
Selepas tu kami main game tapi saya tak ingat nama game nie kena sebut nama universiti kita 3 kali dan sebut nama universiti lain then universiti yang kita sebut tu pun buat macam tu juga dan sebut universiti lain.. Setekah tamatnya ceramah dari Fizo kami diberi rehat sebelum ceramah sesi yang kedua pula.. Kami mengambil kesempatan untuk tangkap gambar dengan Abang Fizo.. hehehe silalah jeles dengan kami.. hahaha lawak jaa...
Sesi ceramah 2 pada pukul 11.00 tengahhari oleh Puan Faizah Mat Jais iaitu Pegawai Fisioterapi ISN... Beliau memberi ceramah mengenai fisioterapi dan cara merawat atlet-atet yang tercedera ketika bersukan.... Banyak input yang kami perolehi dari beliau dan insyallah ia akan berguna kepada kami. Perkara baru yang kami dapat disini mungkin ada yang antara kami dah tau apa kegunaan Kinesiology tape tapi bagi saya dan ada peserta yang lain benda adalah sesuatu yang baru.. Kami juga tahu cara-cara nak merawat untuk beberapa kecederaan sukan..
Pada pukul 1.00 tengahhari kami diberi masa untuk rehat, makan tengahhari dan solat.. Pada tengahhari tu kami dihidangkan Nasi Ayam..
Pada pukul 2.30 petang kami dikehendaki berkumpul semula di dewan untuk aktiviti praktikal. Pada petang tersebut Puan Faizah menunjukkan kami demo merawat mangsa yang tercedera, cara-cara nak guna Kinesiology tape dan sebagainya. Pada pukul 4.00 petang sesi Puan Faizah telah tamat dan pada pukul 5.00 petang kami dikehendaki menghadiri Majlis Perasmian di dewan yang sama.
Setelah tamat majlis perasmian pada pukul 6.00 petang dan disebabkan rumah saya dan sarah tak sampai 5 minit pun untuk ke Tabung Haji kami mengambil keputusan untuk balik rumah dan Kak Izan, Am, Kak Mira, Aimi dan Ana tidur di hotel.
Pada keesokan harinya iaitu 17 Mac 2013 (Ahad) pada pukul 7.30 pagi kami sarapan dan pukul 8.00 pagi ceramah Pemakanan Sukan "Resepi Juara" oleh Cik Azimah bt Ahmad iaitu Pegawai Dietetics ISN... Beliau memberi ceramah bagaimana nak menjaga pemakanan untuk atlet dan juga dalam kehidupan seharian kita.. Banyak juga input yang kami dapat dari ceramah beliau. Kemudian pada pukul 10.00 pagi kami diberi minum pagi dan dikehendaki ke dewan semula pada pukul 10.30 pagi.. Beliau meneruskan ceramah sehingga pukul 1.00 tengahhari.. Kali ini beliau mengajar kami cara nak mengira kalori yang kita makan dalam seharian. Perkara ini bolehla dipraktikkan nanti dalam kehidupan seharian.
Pada pukul 1.00 tengahhari kami diberi rehat, makan, dan solat.. Pada pukul 2.00 petang kami ke dewan untuk sesi penutup dan bergambar.. Semua IPTA dikehendaki menghantar seorang wakil untuk merumuskan apa yang kami dapat sepanjang kursus ini berlangsung.. Ana sebagai wakil UiTM Kedah dan merumuskan segala input-input yang kami dapat..
Kami bersurai pada pukul 5.00 petang dan checkout hotel.. Sebelum sampai UiTM Kak Izan yang baik hati belanja kami makan KFC.. Terima Kasih Kak Izan.. Kami tiba di UiTM pada pukul 7.00 petang.. Kursus ini sangat berbaloi dan insyallah akan diperaktikkan suatu hari nanti.
disediakan oleh :
Nursyaiza - KHOM00254