Otai-otai Outdoor

Selasa, 2 Februari 2010

BooTh KeReX's..

salam rekreasi....

baru-baru ni Kelab Rekreasi dan Xtreme Sport telah membuka booth tempahan t-shirt kelab. ramai diantara ahli kelab telah menempah t-shirt. pada masa yang sama Penasihat Kelab Rekreasi telah menyediakan jadual untuk latihan kayak dan jungle trekking untuk semua ahli Kelab Rekreasi dan Xtreme Sport sahaja. Latihan ini akan di adakan pada setiap hari sabtu bulan Mac nanti.

Kenapa lambat..? untuk makluman semua Semester ini adalah pendek untuk membuat persiapan dan aktiviti. Banyak aktiviti korikulum wajib diadakan pada hari jumaat dan Pihak Pengurusan UiTM Kedah lewat meluluskan aktiviti yang telah dirancang dan dihantar pada awal November 2009. So.... aktiviti yang sepatutnya dilakukan pada awal Januari terpaksa diubah pada bulan Februari.... pada masa yang sama... pelajar akan bercuti pertengahan semester pada 11 Februari sehingga 20 februari... so bila masa nak buat aktiviti sukan dan riadah.... hmmm....

oklah.... bulan 2 ini Unit Sukan UiTM Kedah dengan kerjasama Urusetia Kembara Lata Lembu Emas akan mengadakan Extreme Outdoor Quest Challenge iaitu pada 20 Februari 2010. Sebenarnya EOQ Challenge ini hanya akan disertai oleh Ahli Kelab Rekreasi dan Xtreme Sports sahaja, namun begitu... Unit Sukan telah mengambil inisiatif untuk ruang dan peluang kepada bukan ahli kelab kerana difahamkan komander-komander Kesatria UiTM Kedah mahu mengambil peluang ini sebagai persiapan fitness dan mental bagi menghadapi Jamboree Kesatria yang bakal diadakan pada Bulan Mei nanti...

Taklimat wajib akan diadakan pada 19hb Februari pada jam 8.30 malam di Dewan Sarjana 1... peserta yang menyertai perlu menghadiri taklimat ini kerana.... pada malam tersebut no peserta dan T-shirt ahli Kelab akan diberikan dan penerangan jadual dan aktiviti serta trek yang bakal dilalui oleh peserta akan diberikan pada masa yang sama.... bagi ahli Kelab Rekreasi dan Extreme Sport, perlu memakai t-shirt kelab yang boleh didapati dari Ajk Keusahawanan iaitu Saudara Saifullizan...

EOQ Challenge ini akan diadakan 2 kali persaingan sahaja yang berlainan tempat dan masa... menurut Unit Sukan, persaingan pertama disertai oleh 25 pasukan sahaja. Dari 25 pasukan... 5 pasukan yang terbaik dan terpantas akan ke Final untuk menentukan kejuaraan. Hadiah berupa wang tunai RM250 untuk JOHAN...

so ahli Kelab... anda dinasihatkan memulakan latihan fitness kerana persaingan anda bukan sahaja diantara ahli Kelab malah... dikalangan Komander Kesatria dan beberapa orang ahli dari lain-lain kelab... jangan berputus asa sebelum berjuang... ok...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan