Otai-otai Outdoor

Sabtu, 18 Jun 2011

orienteering - pagoh,johor.

Assalmualaikum kepade smue :)
terutama sekali kepade pembace2 blog kerex nie.
1st of all,nk mintak maaf sgt kat korg sebb da lme xupdate blog nie.
ade maslh2 yg xdpt dielakkn. ;p(sebnrnye pmls)haha..
ok,tanpa membuang mase kali nie kitorg nk cerita kat korg pasl orienteering...
korg taw x ape 2 orienteering?hah..korg bce je..ambil info sikit pasl nie..


PENGENALAN ORIENTEERING

Definasi 

‰  Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi
fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik
kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas
yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi
mengikut susunan tertentu.
‰ Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan
gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari
harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Jenis-jenis orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O
yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
‰ Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
‰ Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
‰ Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
‰ Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
‰ Orienteering Malam (Night Orienteering)
‰ Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
‰ Norwegian Event

Kebaikan sukan orienteering
‰   Sukan untuk semua
‰   Meningkatkan kecergasan fizikal
‰   Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
‰   Memberi cabaran & keseronokan
‰   Membina sikap positif & keyakinan diri
‰   Menggunakan persekitaran yang sihat
‰   Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
‰   Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas  

ORIENTEERING ASAS2

Sejarah dan perkembangan
Sejarah permulaan
‰ Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
‰ Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang
lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa
Orienteering”.
‰ Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
ƒ Memerlukan daya ketahanan.
ƒ Stamina.
ƒ Kecekapan berlari.
ƒ Kekuatan mental.
ƒ Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
‰ IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.
‰ Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-
ƒ World Orienteering Championships (WOC)
ƒ World Cup (WC)
ƒ Junior World Orienteering Championships (JWOC)
ƒ Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
ƒ World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas
‰ Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang
melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
Perkembangan di Malaysia
‰ Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan
Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
‰ Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.
‰ Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA)
pada tahun 1986.
‰ Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam
tahun 1988.
‰ Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.
‰ Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994.
‰ Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor,
Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
‰ MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

TERMINOLOGI DAN ALATAN

Titik kawalan (Control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.3
‰ Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat  daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.
‰ Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan
masa penamat.
‰ Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
‰ Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.
‰ Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
          - Titik kawalan dengan tanda bulatan.
          - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
          - ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
‰ Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

PETA

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari
udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor,4
skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan
tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :-
‰ Peta topo 
‰ Peta panduan jalanraya
‰ Peta khusus
‰ Atlas
‰ Peta imejan satelit
‰ Peta orienteering 
Kandungan peta orienteering
ƒ Tajuk peta
ƒ Arah Utara
ƒ Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
ƒ Petunjuk peta
ƒ Garisan melaras utara-selatan
ƒ Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.
Warna-warna dalam peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
‰ Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
‰ Perang - kontor & jalanraya
‰ Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
‰ Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
‰ Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
‰ Biru - kawasan berair
Bentuk muka bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi
keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
‰ Susuh bukit (spur) -  sejalur tanah yang menganjur keluar
‰ Ceruk (re-entrant) -  berlawanan dengan susuh bukit
‰ Permatang (ridge) -  tanah tinggi yang memanjang
‰ Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
‰ Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

KOMPAS

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta
ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan
orienteering.5
Jenis kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya
adalah :-
‰ Kompas Tentera
‰ Kompas Orienteering
‰ Kompas Marin
‰ Kompas Kiblat
‰ Kompas Digital
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya  baseplate
compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.
Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
Kegunaan kompas orienteering
Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
‰ Mengukur jarak
‰ Menentukan kedudukan
‰ Mencari arah
Anatomi kompas orienteering
TEKNIK - TEKNIK ASAS

Teknik melaras peta
Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara
adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan
Garisan melaras
Arah pergerakan
Tapak lutsinar Perumah kompas
Jarum magnetik6
dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah untuk  menentukan
arah pergerakan.
Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu :-
‰ Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling
‰ Menggunakan kompas
Teknik susur tangan
‰ Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan menggunakan ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan
sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails).
‰ Sebelum  bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan
yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri
berkenaan.
Teknik titik sasaran
‰ Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang
berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui.  Antara ciri yang
boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung
atau penjuru pagar dsb.
‰ Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan pergerakan
apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk
menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik susur
tangan.
                                    
SUSUR TANGAN    TEKNIK SASARAN7

Relokasi
Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti akan
kedudukan sebenar atau tersesat.
‰ Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.
‰ Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.
‰ Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh
dilihat.
‰ Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir yang telah
dilalui dan semak dalam peta.
‰ Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang
jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.
‰ Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba
carikan jalan balik ketitik permulaan.

PEMBATALAN PENYERTAAN

Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau pembatalan penyertaan (DISQ) apabila
berlakunya perkara-perkara seperti berikut:-
‰ Gagal memulangkan kad kawalan.
‰ Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya.
‰ Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
‰ Tebukan yang kurang jelas/berubah corak.
‰ Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan.
‰ Meniup wisel tanpa alasan munasabah.
‰ Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
‰ Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara.

PROSIDUR MENYERTAI ACARA

Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk orienteering adalah pakaian sukan yang memudahkan
larian. Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan tanah kawasan pertandingan. Jangan
berlari sambil membawa muatan seperti beg galas, botol air minuman, parang atau sebagainya.8
Pendaftaran/permulaan
‰ Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah landasan
yang sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula.
‰ Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan. Tentukan kad
kawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika diarahkan.
‰ Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang pertama
dan seterusnya.
Di garisan Penamat
‰ Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa tamat
akan dicatatkan pada kad anda.
‰ Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan.
‰ Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat penamat walaupun gagal menghabiskan
pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta yang
hilang.

Pada 25-27 mac 2011,UiTM Kedah telah mnghntar 5 team orienteering  di Pagoh,Johor under
 KPT-UiTM CABARAN ORIENTEERING 1MALAYSIA 2011 yg terdiri drpd 2team kesatria dan 3team dr kelab rekreasi sukan extreme(kerex) ...
Perjlanan kami bermula pada hari khamis.semue peserta berkumpul di jalan sebelah HEP..kami bergerk pada pukul 2.30ptg,sepnjg jalan peserta xreti dudk diam dlm bus.terutamanye ismail,hamdi dan edham.dalm bus juga kami ditygkn dgn pelbagai movie.thanx to pkcik bus yg spoting,layan karenah kitorg.



otai2 kerex's  club :)

kami sampai di pagoh pada pukul 10.30 mlm.disebbkn byk kali berhenti..kitorg antara team yg awal datg.mne xnye,event ari sabtu khamis mlm jumaat da sampai.semngt xsemngt la team kedah ni,haha..pendaftran xblh buat pada mlm tersebut...kne tnggu pg jumaat,.so kitorg bermlm la di ikbn pagoh..

pada 25.3.2011,kami bgn la awal.xde la awal sgt..dlm pkul 7cmtu.lepas bersiap2 semue.kitorg buat pendaftaran...dapt la sorg satu bju.pergh.bju xnk besar plak die bg.ape punye pengurusan da.haha..



bju kerex dan bju orienteering yg xl.(nsb free) ;p

then lepas tu,petg tersebut kitorg ade taklimat mngnai orienteering tersebut pada pertndgn besok arinye..
penceramah tersebut cte la yg kali nie lain drpd sebelomnye sebb kitorg kne pki konsep lain plak,adeyh...then ade la tklimat psl orinteering trsebut.rmi peserta bru kn termasok laluan trek,kompas,peta,.so ,masing2 ambil take note..ade jugak yg mcm teruja dgr pasl orinteering nie.tgk mke peserta bkn calng2 je.ade budak sport.rek dr uitm lain.tp kitorg buat xtaw jela kn.bkn 2 saje dr upnm pon ade gak.anta 5team.pergh.tough xtough la gme nie kne compete ngn dorg.private u n budak poli lain ade jugak.dr sabah n sarawak pon anta jugak.da nme 1malaysia kn.semue skali team lebih dr 300team..


penceramah2 yg otai orienteering :)

then mlm tersebut kitorg ade dgr ceramah ape ntah..forum1malaysia :)
best la jugak ade persembhn semue ...

26.03.2011
wah.hari yg ditnggu2 telah tibe.aha.masing2 bgn awal,,,kitorg pukul 7 da kne berkumpul..
so,masing2 la kelam kabut mndi semue.masing2 pent .mne xnye.xblh tido kot mlm td.pkul 3cmtu bru tdo.haha...then,after siap2.kitorg pon gerak la ke komples sukan pagoh.kitorg nek skali ngn budak uitm jgka pahng.sebb bus xde.thanx budak uitm pahang bg kitorg tumpng :)
then bile sampai kitorg decide nk pki bju ape.after buat critical thnking kitorg decide nk pki bju kerex.bru nmpk lain ckit dr budak ipta lain :)
then kitorg bincg strategi sape nk pg dlu semue..
then ade senam robik.semue peserta wajib join..ikot jela ape kakak2 yg incharge 2 buat..dok byk gelek punggung je.haha
then,dalam 10pg event pon start..dilepaskn secare berasingan :)satu team 4org.dilepaskn 2org sekali.











track die xde la jaoh sgt. range antara 16-20km.nmpk mcm seng.bpk jaoh kot..checkpoint yg jaoh lg byk mate..

then,after penat lelah..akhirnye tamat la jugak event tersebut.semue peserta uitm kedah berjaye tamtkn event tersebut tanpa disqualified..dalam pukul 3 mcm tu.,then kitorg g mkn n rest pasl mlm tu ade event lg..
lepas rest ,mlm tu kitorg kne g majlis mkn mlam kerajaan negeri johor yg di sponsor kerajaan johor sendri.
                                                            rmi la tetamu kehormat dtg..

after event,kitorg blk bilik n rest..
ape lg,peserta laki mlm tu layan la movie lg kat laptop je..
27.03.2011
kitorg kne bgn awal lg =..=
kali nie kne buat kje amal plak.,peserta kne bersihkn tapak perkuburan n tapak bersejarah di bukit kepong.
kitorg kne cat bngunan tersebut.haha.budak uitm kedah punye la rajin terutama hamdi dan ismail..lme jugak la dorg mngecat..byk jugak la bergmbr disini. :)


then .pkul 2mcm tu kitorg kne berkumpul di kompleks sukan pagoh.
penyampaian hadiah !wah.masing2 excited nak mng.haha.kitorg pon tawakal je la.xtaw mng ke x.sebb season 1 uitm kedah dapt top20.anta 2 team due2 dapt below 20 dr 300+ team.kitorg pon tnggu jela.rupenye kitorg xlucky sebb satu team je dapt top 20.yg lain dapt rank below30 n below 50.kire ok la jugak kan nk dicompete 300+ team.sebb msing2 brukn.ade jugak team yg disqualified sbb main tipu.haha.ade ke blh tumpng org.hah.tgk..kn da terkantoi.haha
then kitorg bergmbrla ckit..
wah..then kitorg gerak dari pagoh aroud 5 camtu.
sampai restoran jejantas sg bulh ,kl. kitorg bnti nk mndi semue..lepas tu kak ijan blnje kfc.pergh.mantap :P
sebb salah satu team dapt top10 kn.seperti yg dijnji2kn.dapt la mkn free ;)
then kitorg blk ke uitm lepas magrib.perjalann ditruskn,,masing2 blk,tido rest sebb besoknye ade kelas. :) 


ladies uitm kedah :)

nampk kesungguhan nk bersihkn kawasan perkuburan nie :)



soley,zul,chunk :)



kngn bersame budak uitm jgka pahng yg kitorg nek bus sekali spnjg dekat sini :)




winner top10 uitm kedah :)


peace yaww!peserta uitm kedah :P

team kesatria :)

team kesatria :)


team kerex :)

team kerex :)

team kerex :)

kngan2 :)

:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan