Otai-otai Outdoor

Sabtu, 28 Jun 2008

EOQ CHALENGE UiTM PERAK 2008

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jawatankuasa Komander Kesatria UiTM telah menganjurkan sukan lasak iaitu Extreme Outdoor Quest Challenge 2008. sukan lasak ini melibatkan kawasan Sri Iskandar dan Kawasan Perak Tengah. Extreme Outdoor Quest Challenge ini telah diadakan pada 28 dan 29 Mac 2008. Sebanyak 18 pasukan yang mengambil bahagian daripada pelbagai IPTA dan IPTS. Bagi pasukan UiTM Kedah ini adalah satu peluang untuk menguji tahap ketahanan fizikal dan mental siswa dan siswi UiTM Kedah yang diiringi oleh Cik Fahizan Azizan Penolong Pegawai Sukan UiTM Kedah. Best tu... ade jugak yang pengsan kui3 takpe3 nice try.... relax... ade cabaran dan dugaan bila kita pergi program macam nie...

Sabtu, 21 Jun 2008

AIMST Amazing Race 2008

Program ini dianjurkan oleh AIMST University pada 23 Mac 2008 bertempat di AIMST Universiy, Semeling. Amazing Race ini diadakan bagi memperkenalkan AIMST University di kalangan pelajar-pelajar IPTA, IPTS dan sekolah-sekolah di kawasan Kedah dan Pulau Pinang. UiTM Kedah memulakan langkah baru bagi mengenal kemudahan infrastruktur yang ada di AIMST University. UiTM Kedah menghantar 2 team. Peserta diuji dengan ketahanan fizikal untuk melakukan cabaran.