Otai-otai Outdoor

Sabtu, 28 Jun 2008

EOQ CHALENGE UiTM PERAK 2008

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jawatankuasa Komander Kesatria UiTM telah menganjurkan sukan lasak iaitu Extreme Outdoor Quest Challenge 2008. sukan lasak ini melibatkan kawasan Sri Iskandar dan Kawasan Perak Tengah. Extreme Outdoor Quest Challenge ini telah diadakan pada 28 dan 29 Mac 2008. Sebanyak 18 pasukan yang mengambil bahagian daripada pelbagai IPTA dan IPTS. Bagi pasukan UiTM Kedah ini adalah satu peluang untuk menguji tahap ketahanan fizikal dan mental siswa dan siswi UiTM Kedah yang diiringi oleh Cik Fahizan Azizan Penolong Pegawai Sukan UiTM Kedah. Best tu... ade jugak yang pengsan kui3 takpe3 nice try.... relax... ade cabaran dan dugaan bila kita pergi program macam nie...

Sabtu, 21 Jun 2008

AIMST Amazing Race 2008

Program ini dianjurkan oleh AIMST University pada 23 Mac 2008 bertempat di AIMST Universiy, Semeling. Amazing Race ini diadakan bagi memperkenalkan AIMST University di kalangan pelajar-pelajar IPTA, IPTS dan sekolah-sekolah di kawasan Kedah dan Pulau Pinang. UiTM Kedah memulakan langkah baru bagi mengenal kemudahan infrastruktur yang ada di AIMST University. UiTM Kedah menghantar 2 team. Peserta diuji dengan ketahanan fizikal untuk melakukan cabaran.



Jumaat, 28 Mac 2008

Ekspedisi Berkayak ke Pulau Bidan

Kelab Rekreasi UiTM Kedah kerjasama Unit Sukan UiTM Kedah telah menganjurkan Ekspedisi Berkayak ke Pulau Bidan pada 31 Januari sehingga 2 Februari 2008. Seramai 23 orang pelajar UiTM Kedah yang telah menyertai ekpedisi ini dan dibantu oleh 9 orang jurulatih daripada Persatuan Kayak Alor Star. Seramai 8 orang anggota dari Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Kuala Muda yang mengiringi peserta kayak sebagai ‘safety guidelines. Ekspedisi berkayak ini bertujuan sebagai pendedahan kepada pelajar bergiat dalam aktiviti sukan lasak disamping mencari bakat-bakat baru dalam aktivi sukan berkayak. Pegawai yang mengikuti ekspedisi ini adalah daripada penasihat Kelab Rekreasi dan pegawai daripada Unit Sukan UiTM Kedah.

Isnin, 3 Mac 2008

Perasmian Blog


Kepada semua ajk-ajk Kelab Rekreasi sila ambil perhatian.. Blog nie merupakan blog korang jugak... kalau ade pape korang nak letak ayat pape or nak say something leh contact saya.. tapi sebelum tu anda perlulah tulis didalam bentuk file word kemudian email kan kepada saya.. saya akan mengupdatekan untuk anda... hehehe kang kalau share berserabut blog nie karang ok... harap anda semua ok.. Tak lupa kepada cik fahizan kita tu.. kalau nak bg pape leh jew... kang marah lak.. hehehe... nanti ade je yang kena hukum hik3.. Sape2 yang nak kongsi pengalaman pun boleh jew... lagi bagus sebab dapat memeriahkan blog nie... kih3 hahahaha ske nya aku