Otai-otai Outdoor

Isnin, 16 Mac 2009

KeReX’s KEDAH TAWAN GNG LEDANG

Pada 5 Mac 2009, Ahli Kelab Rekreasi dan Sukan Xtreme UiTM Kedah bertolak ke Melaka pada jam 6.45 petang. Kami sampai di Bandar Melaka pada jam 6.00 pagi 6 Mac 2009. Dah sampi je tu kitaorang semua buat la ape yang patut untuk tunggu malam harinya.. Pas je malam kami berkumpul dan melakukan warm up untuk mendaki Gunung Ledang sambil menunggu pasukan Renjer Hutan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Muar yang akan bersama-sama kami sepanjang pendakian. Kami memilih untuk memulakan pendakian pada waktu malam adalah untuk melihat matahari terbit di puncak Gunung Ledang.