Otai-otai Outdoor
Rabu, 16 Mac 2011
Jungle Clean Up
Ok cam biasa , setiap minggu kita akan ada aktiviti. Untuk minggu nie, kita semua akan ke Baling untuk buat amal sikit disana sambil beriadah.. yea... Kepada ahli kelab kerex sahaja yang berdaftar... Kalau nak g bgtahu dekat ajik yea.. See Next Post hehehe
Sabtu, 12 Mac 2011
Kayak - Sejarahnya
salam rekreasi semua...
hehehe.. kat sini nak share skit tentang kayak.... actually ini copy dan paste dari blog kak izan... hehehe.. dah mintak izin dia dah.. so... bleh copy jika untuk pembelajaran ok dan sharing... ahakss..
hmm.. sepatutnya, aku buat entry sejarah kayak dulu... ni tak.. aku terus merapu pasal anatomy kayak... hahahaha... sorry lah geng.. aku over excited sebab baru lepas turun kayak kan... heheeheh... sorry lah sekali lagi... so hari ni aku nak wat entry sejarah dan asal usul kayak... ehmm... sounds pun macam pakar sejarah jer... ahaaaakkkksssss....
Definisi Kanu
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
Perbezaan Kayak dan Kanu
nota kaki...
Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.
Kanu
Kanu
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.
Sejarah Perkembangan Kayak
Sejarah Perkembangan Kayak
Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Sehubungan itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai.
Oleh hal demikian masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai kanu dugout.
Di Malaysia, nenek moyang kita menggunakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangkan kanu daripada kayu dan dindingnya pula menggunakan kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan kanu Canadian.
Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan ini dinamakan Inuit ataupun Kayak Eskimo.
Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA.
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA.
Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Seorang yang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia menrangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.
John Mac Gregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Beliau lebih dikenali dengan nama Rob Roy. Oleh kerana sering mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867 iaitu kurun ke-19, beliau telah menjelajah hampir kesemua sungai-sungai di Nile, Jordan dan Laut Daltic Benua Eropah dengan menggunakan kayak ciptaannya ini.
Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di Twickenham, England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British. 7 tahun kemudian, kelab ini telah di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.
Di Negara Jerman, kegiatan kenu bertambah pesat dengan terciptanya kayak jenis Klepper, yang boleh dipasang simpan (folded canoe).
Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia.
Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila H.W. Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan 'Eskimo Roll' Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik ini bertujuan untuk menaikan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Disinilah bermulanya perkembangan teknik gulangan yang lain.
Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris. Dua belas tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin.
Pada tahun 1946 pula memperlihatkan tertubuhnya International Canoe Federation. Kemahiran-kemahiran dalam kayak juga berkembang pesat apabila Milo Dufek mengubahsuai teknik dayungan perahu Canadian ke kayak.
Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva.
Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara 'rodeo'.
PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarahkayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia.
Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangcang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. dengan tertubuhnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan "circumnavigate" melalui Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.
Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia iaitu Wahab Ibrahim dan Hairuddin telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara.
Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johor-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.
Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di Pulau Pinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala LUmpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.
Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia lV, Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu,manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995.
Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan , atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA.
Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.
tu jer kot... untuk informasi jer... hehehe... tapi bukan semua penggemar sukan kayak yg amik tau pasal sejarah... tak percaya..? cuba test tanya soalan sejarah kayak ni kat diaorg... soklan cepu emas.. ahaaakss.. gerenti terkial-kial dalam lorat 'gagap' nak menjawapnye... termasuklah aku... heheheheheh... aku mengutuk diaorg umpama kutuk diri sendiri disamping mengingati diri sendiri... betul tak geng..
oklah... bye... salam rekreasi untuk semua....
Khamis, 3 Mac 2011
kayak from tj.dawai-pantai merdeka-tj.dawai
19/2 -practice kayak kat tj.dawai for ahli kerex..
pagi tu gerak dari uitm pkul 7.30..so kul 7 sume daa kne tunggu kt depo bas na angkat kayak masok lori..kul 7.30 tu na gerak dah..tengok2 is..mr. presiden kite ta smpai lagi..so kol lar..skali baru bangon tido da..ish3..aritu bukan maen ckp orang lambat..sekali die pon lbey kurang jer..naseb baek time tu die ckp die g naek moto..bas pon gerak la..sampai2 jer kat tj.dawai tu..die pon sampai..laju giler die bwk ley sampai same2..merbahaye kn kesihatan betol..then pas turonkn kayak..sume settle..kiteorang pon warm up la lead by idham..nanti injured if ta warm up ni tauk..then lepas warm up..bermula la kiteorang punyee perjalanan bekayak dari tj.dawai sampai pantai merdeka..
| starting point..hehe |
| kayuh2.. |
| ahli kerex bru..bgus2 ade smgt |
time da smpai tengah2 laot tu..ley kate lagi separuh lar na sampai..kiteorang kumpul..also cal rafting kot..hihi..tunggu la ahli2 laen yang kat tepi,depan belakang smpai kt situ..hihi..then.tibe2 kak ijan suruh ajik n alip turon..haha..terkejot la..then turon la jugak..siap sempat amik gambar lagi tu..then kak ijan pon terangkan ape function kite berkumpul kt tengah2 laot ni..bukan saje2 jer tauk..
| alip kne turon kt tgh2 laot 2..kne pakse..hihi |
| ajik pon kene gak... |
| n.presiden kerex |
| makan mggi kt pntai merdeka..haha..enjoy |
| huh pnt..akhirnyer smpy gak pantai merdeka |
syukur laa...sepanjang aktiviti tu tade yang cedera or perkara yang ta diingini berlaku..memang enjoy..so jom la..pasni selalu2 la tengok kat board..if ade aktiviti lg ley join..k..thanx bacA NI..
Jumaat, 7 Januari 2011
Menjejak G7 (Riki) Chamah and Ulu Sepat
uoohhh... ni pasal Miss Izan dan Isz pergi buat Rikkie ke CUS... buat G7 tu... adehhh... yup kiranya Cik Izan dah 2 kali buat G7 ni... heheheheheheheh.... klau nak tahu pasal trip tu.. korang KLIK SINI okeyyy...
Sabtu, 23 Oktober 2010
Gunung Bintang Trip
Kali nie nak sembang pasal Trip Ke Gunung Bintang.. hehehehe Ahli kerex yang ingin menjadi angkasawan hahahahaha best3! Bersama group Kolej Komuniti Jerai yang gila-gila dan juga belia.. serta guide yang sememangnya mental hahahahahahaha....... Mari kita layan pic-pic yang diupload ini.... First gambar kat atas nie... First perhentian hahahaha edham kelihatan gembira kah3 (penat la tu) hahahahaha
No 2 . nie lak... Guide (hisham) membebel sementara menanti para pendaki yang dibelakang... yang disweep oleh Kalam(Sweeper) kih3......
Hah! nampak tak yang kecik baju oren tu... hehehehehehe sihatkan dia kih3 letih + mental kot.. maybe la..... walaupun bintang nie tinggi lebih 1000M tapi trek dia leh tahan gak.....
Yang nie masa kat Kem Bunian hehehehe best3 lepak3 untuk tido... israa ngah pasang khemah ngan Kak Izan... huhuhu3 Isz ngan Edham hanya mampu duk umah flat ja.. dua tingkat (Hammock)
Yang dalam khemah tu fizza duk watpa la tu... sejuk la konon hahahahahaha.... Tapi memang sejuk pon... nak mandi pon segan kah3
hah! nie la rumah flat isz and edham... kecik ja... ok pa.. hehehehehehe
israa and kak izan bersama signboard Bonzai Garden hebat3 dah nak jadi angkasawan..... huhuhuhu tapi ade 2 stesen lagi .. jgn lupa yea hehehehehe
nie gambar ramai3.. yang duduk tu nami... dah mental.. sangat3 hik3.. tapi dah kena tiau ngan twister laju ja hahahahahaha....
cantikkan view nie.. ske3.. so kalau sape3 nak tengok.. kena la kadi hiker uitm.. hehehehehehe masuk kelab rekreasi yea..
yang nie lak kat Bintang kecil... hehehehe sikit je lagi nak jadi angkasawan.. huhuhuhu
yang nie semua dah tak tahu nak wat ape.. panjat pokok bonsai nie la nampaknye.. hahahahahaha
yahooo! akhirnya semua ditauliahkan menjadi angkasawan Kedah yang pertama hahahahaha ske3... tinggi nie... ingat rendah ke... huhuhuhu
Twister dikorbankan disini.. bersama epal hijau fuh! memang best gila lah....
Nampak tu... ketinggiannya... hehehehehe tinggi tu.... Rase minat nak naik? jom masuk kerex hehehehehehe
No 2 . nie lak... Guide (hisham) membebel sementara menanti para pendaki yang dibelakang... yang disweep oleh Kalam(Sweeper) kih3......
Hah! nampak tak yang kecik baju oren tu... hehehehehehe sihatkan dia kih3 letih + mental kot.. maybe la..... walaupun bintang nie tinggi lebih 1000M tapi trek dia leh tahan gak.....
Yang nie masa kat Kem Bunian hehehehe best3 lepak3 untuk tido... israa ngah pasang khemah ngan Kak Izan... huhuhu3 Isz ngan Edham hanya mampu duk umah flat ja.. dua tingkat (Hammock)
Yang dalam khemah tu fizza duk watpa la tu... sejuk la konon hahahahahaha.... Tapi memang sejuk pon... nak mandi pon segan kah3
hah! nie la rumah flat isz and edham... kecik ja... ok pa.. hehehehehehe
israa and kak izan bersama signboard Bonzai Garden hebat3 dah nak jadi angkasawan..... huhuhuhu tapi ade 2 stesen lagi .. jgn lupa yea hehehehehe
nie gambar ramai3.. yang duduk tu nami... dah mental.. sangat3 hik3.. tapi dah kena tiau ngan twister laju ja hahahahahaha....
cantikkan view nie.. ske3.. so kalau sape3 nak tengok.. kena la kadi hiker uitm.. hehehehehehe masuk kelab rekreasi yea..
yang nie lak kat Bintang kecil... hehehehe sikit je lagi nak jadi angkasawan.. huhuhuhu
yang nie semua dah tak tahu nak wat ape.. panjat pokok bonsai nie la nampaknye.. hahahahahaha
yahooo! akhirnya semua ditauliahkan menjadi angkasawan Kedah yang pertama hahahahaha ske3... tinggi nie... ingat rendah ke... huhuhuhu
Twister dikorbankan disini.. bersama epal hijau fuh! memang best gila lah....
Nampak tu... ketinggiannya... hehehehehe tinggi tu.... Rase minat nak naik? jom masuk kerex hehehehehehe
Selasa, 21 September 2010
raya... raya...
salam KeReX's...
wah.. korang ni klau raya memang tak ingat DUNIA... hahaha.. makan...
Jumaat, 20 Ogos 2010
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
salam KeReX's...
so sekarang kita dah masuk Bulan Ramadhan... so banyak gak aktiviti akan tergendala dan dihentikan.. begitu jugak dgn KeReX's... kami plan nak nek Gunung Baling tapi... memasing busy ngan test dan assigment.. so terpaksa ditunda... apapun Miss Izan try adjust kenderaan untuk kesana selepas raya...hmm..
tapi itu pun pasti... klau xdpt naik... so this sem xder lah xtvt..
so selamat berpose ye kengkawan...
* Miss Izan akan buat berbuka pose kat umah dia... tak lama lagilah tu...
Selasa, 3 Ogos 2010
MPP - Majlis Perwakilan Pelajar 2010
salam kerex's...
kali ni aku nak bercerita tentang otai kami iaitu Miss Izan... hahaha... berjaya jugak dia me'lanyak'kan @ men'dera' wakil @ ketua pelajar UiTM Kedah iaitu MPP... hahahaha... nasib baiklah wakil-wakil pelajar tu jenis gila-gila... tu pun puas gak sebenarnya miss izan nak buat ni... dia sanggup keluarkan belanja sendiri dan guna duit tabung KeReX's... hahahaha...
nak tahu..? actually kami sebagai ahli KeReX's belum pernah sekalipun mencuba berkayak laluan Tg Dawai ke Pantai Merdeka... tapi mereka ini menjadi perintis pertama guna laluan ini... Tg Dawai ke Pantai Merdeka then Pantai Merdeka ke Tg Dawai... klau korang tgk memang dekat tapi klau korang berkayak... ha.. penangan lah... tambah-tambah lagi klau yang tak pernah kayak dan jarang-jarang bersukan....
dengan hanya 10 orang wakil MPP, dan 2 ahli KeReX's.. xpdc ini berjaya juga... tak sia-sia kak izan angkat kayak... sebenarnya inilah kali pertama geng-geng MPP turun berkayak di laut.. sebab sebelum ini atau semasa buat aktiviti di mana-mana kem, diaorg hanya berkayak di dalam tasek jer.. malah ada yang belum pernah berkayak...hahaha...
yang syoknya Miss Izan bertanya... " reti tak berkayak...?" memasing jawab tak tahu dan tak pandai... siap suruh Miss Izan mengajar lagi... hahahahaha.. silap lah... sampai di Tg Dawai pagi tu Miss Izan tunjuk sikit anatomy kayak dan padlle.. begitu juga cara nak naik dan turun kayak...
selepas Edham buat warm up, kami bergambar dulu... sebab Miss Izan menantikan bot penyelamat JPAM... lagipun Kak Yus pun ikut bersama-sama ngan anak-anaknya... then Miss Izan suruh diaorg berpatner then terus berkayak... memasing mula panik.. tapi Miss Izan memberi arahan dan bertenang.. then sekejap jer diaorng dah boleh kendalikan kayak tu... hahahaha... senang jer....
miss izan turut ajar kaedah rafting dan turun naik kayak... tapi biasalah... orang lain lah demo.. Miss Izan jgn harap lah nak mandi laut... huhuhu...
then berkayak sehingga ke Pantai Merdeka.. so kami berkayak dalam 30 minit... masing-masing sudah kelaparan... kami sampai di Pantai Merdeka dalam jam 10.00 pagi... then Miss Izan bagi kami rehat dan makan.. 11.30 kami mula berkayak balik Pantai Merdeka... hahahaha... korang leh baca SINI ok...
Rabu, 21 Julai 2010
Melakar Sejarah
salam KeReX... ini adalah akhbar sinar Harian tarikh 6 Jun 2010... hmmm... dalam gambar bebanyak tu... gambar ni gak yang diaorng pilih... padahal aku siap hantar gambar reramai kat atas puncak.. hmm... maybe gambar ramai tu tak clear kot... xper.. janji ada bendera uitm... heheeheh.. korang klik sini la wehh...
Rabu, 2 Jun 2010
Langgan:
Catatan (Atom)







