Otai-otai Outdoor

Jumaat, 28 Mac 2008

Ekspedisi Berkayak ke Pulau Bidan

Kelab Rekreasi UiTM Kedah kerjasama Unit Sukan UiTM Kedah telah menganjurkan Ekspedisi Berkayak ke Pulau Bidan pada 31 Januari sehingga 2 Februari 2008. Seramai 23 orang pelajar UiTM Kedah yang telah menyertai ekpedisi ini dan dibantu oleh 9 orang jurulatih daripada Persatuan Kayak Alor Star. Seramai 8 orang anggota dari Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Kuala Muda yang mengiringi peserta kayak sebagai ‘safety guidelines. Ekspedisi berkayak ini bertujuan sebagai pendedahan kepada pelajar bergiat dalam aktiviti sukan lasak disamping mencari bakat-bakat baru dalam aktivi sukan berkayak. Pegawai yang mengikuti ekspedisi ini adalah daripada penasihat Kelab Rekreasi dan pegawai daripada Unit Sukan UiTM Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan