Otai-otai Outdoor

Jumaat, 9 April 2010

KPT-CABARAN ORIENTEERING 1 MALAYSIA 2010

salam KeReX's geng...

hmm... sekarang dah mula cuti minggu ulangkaji... hahahah.. lagi seminggu je nak exam...tapi...

apa yang korang semua tahu pasal orienteering..? peta dan kompas kan... yup.. jika sapa2 dah masuk PLKN tu tentu belajar kan.. tapi dalam sport dia lain skit... more tu pertandingan, strategi dan fitness... meh sini aku nak bagi skit information... pasni kita wat sesama k... ni pun aku copy jer blog kak izan... hehehehe.... tapi korang semua leh cari dalam internet kan..

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event
aku nak imbas balik pertandingan orienteering yang ahli-ahli KeReX's join di Bandar DiRaja Pekan, Pahang pada 2 hingga 4 April 2010 yang lepas... seperti biasalah kak izan yang jadik pegawai pengiring merangkap coach yang sentiasa bersama-sama kami...pada mulanya kami ingatkan xseronok, tension tapi bila dah buat tu mcm fun.. best sangat... rasa nak main lagi... hehehee... jom kita tengok gambar2 sepanjang 3 hari 2 malam...

zul, is, hamdi, edham, blur, amei dan awe...

with kak izan...

taklimat oleh concultan dan urusetia pertandingan...


selesai taklimat dan amik nombor malam tu.. kami berbincang dalam kumpulan... ini kumpulan hamdi...

kumpulan isz... isz ngan hamdi pecah 2 kumpulan.. hahahaha...


2 team dari uitm kedah..


perasmian oleh Menteri Pengajian Tinggi... sebab KPT sponsor.. UiTM hanya organized


awe di garisan permulaan..

hamdi yang tengah menghitung 'stamina'.. hahahaha


together utk pelari yang pertama..


di garisan permulaan..


awe, tengah amik map...

edham dan awe... bantu blurr... eh nape kita panggil blurr...


bantu blur kali ke2 sebab blurr rasa salah laluan check point.. isz, edham, amir dan awe...


malam tu ada makan malam...

alhamdulilah.... kita berjaya dapat no 13 dan 34 dari 170 pasukan lelaki yang mengambil bahagian... mengecewakan sebab team kedah pompuan tak nak join... apa la... hmm... insyaALLAH... kak izan cakap dia nak wat orienteering sem depan.. tapi tak tahu jadik ke tak.. sebab dia tu sibuk jer.... out station jer.. hmm... whatever tahniah sekali lagi kepada team sukan lasak kita dan jgn stop untuk jadik glamor gitu dalam kecermelangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan