Otai-otai Outdoor

Memaparkan catatan dengan label EOQ Challenge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EOQ Challenge. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mac 2010

FINAL EXTREME OUTDOOR QUEST CHALLENGE

salam KeReX's semuaaaa.....!

hmm... agak lama bertangguh blog ni tak hupdate... sebab semester ni agak sibuk dan kelam kabut tahap gaban... hahahaha... ayat sapa nyah...
20 mac 2010, selesailah sudah FINAL EXTREME OUTDOOR QUEST CHALLENGE 2010 peringkat UiTM Kedah sahaja... seperti biasalahh... kak izan selalu ketua projek merangkap staf sukan pergi recce kawasan track seminggu... dasyat kan...! malah kami yang training dan urusetia turut sama recce kawasan tersebut... memang jauh tapi ikut kak izan yang brutal tu lagi jauh dia nak buat... memandangkan atlit hard core pun cakap jauh dan agak teruk so kak izan setuju limitkan...

so final is marathon 12 km, kayak 12 km dan basikal 28 km... bagi kak izan, thirah dan farah... itu semua kacang jer... tapi bagi yang baru nak berjinak agak mengeluh lah... yang bestnya urusetia pun mengeluh jugak.. hahahahaha... tapi kak izan ni 'kaki buli', dia bukan peduli... janji peserta selamat... hhuhuhuhu...

so pagi2 lagi urusetia dah angkat kayak ke sungai batu dan basikal pun dah get ready.. kak izan memberi taklimat ringkas dan peringatan keselamatan serta peraturan yang perlu diikuti sekali lagi.. tepat jam 9.00 pagi, En Zabani Pit selaku Penasihat Pertama telah melepaskan peserta yang 5 team/pasukan yang layak... ekoran dari saringan pertama di Lata Mengkuang, Sik...

inilah 5 team yang terbaik dan terpantas... serta layak ke FINAL... gambar sebelum pertandingan...

kak izan memberi peringatan tentang faktor keselamatan yang perlu diikuti ... jika dilanggari mana-mana ahli pasukan, pasukan tersebut akan DQ...

Pelepasan yang dilakukan oleh en zabani...

peserta dilepaskan dengan disiplin marathon dulu iaitu 7 km ke Sg Batu... di Sungai Batu, pasukan akan berpecah kepada 2 iaitu seorang akan berbasikal dan 2 orang akan berkayak...

lalulintas dikawal oleh Unit Trafik Bahagian Keselamatan UiTM Kedah

fathiya, juga turut serta...

sampai di Sungai Batu, perserta akan dipecahkan kepada 2 iaitu 2 peserta akan berkayak dan seorang peserta lagi akan berbasikal...

mashall upih, sedang menunggu...

saiful, presiden KeReX's... menjadi salah seorang peserta EOQ Challenge... katanya untuk mengetahui tahap fitness yang dia ada.. sebab lama dia tak join aktiviti lasak ni...!

peserta basikal... yang diekori oleh seorang marshall.

marshall thirah, sedia untuk guide di tengah2 sungai...

perlu berkayak dan berpusing di satu selekoh selepas dari jambatan semeling.. disitu seorang mashall telah menunggu...


adek bersama Pasukan Penyelamat Pantai JPAM Kuala Muda sudah pun bersedia... di Sungai Semeling untuk keselamatan.. sebarang bencana, merekalah akan bergerak dan amik tindakan kecemasan terlebih dahulu...

peserta yang selesai berkayak perlu angkat kayak.... setelah selesai mereka perlu berlari ke check point untuk berlari bersama peserta basikal yang sudah menunggu...

hamdi, atlit hard core dah cramps... hmmm... tunggu fathiya dan saiful sebelum menyerahkan basikal kepada fathiya dan berlari pulang bersama-sama ke UiTM...

selesai kayak... urusetia di bahagian air dah pun angkat kayak untuk cuci di kampus...

salah seorang peserta yang jatuh basikal... acap membantu meletakkan ubat...

berbaris untuk majlis penyampaian hadiah yang akan dilakukan oleh
En Zabani Pit...

para peserta dan urusetia bergambar bersama-sama sebelum bersurai..

tahniah kepada pasukan Dasuki, Farah Hamizah dan Ameer kerana berjaya merangkut JOHAN EOQ Challenge tahun ini.. dan kepada pasukan Hamdi, Fathiya, Saiful, Awe, girl dan Zul diucapkan tahniah kerana anda juga berjaya.. kepada 2 lagi pasukan juga cemerlang kerana berjaya menamatkan disiplin ini..

untuk semester depan, mungkin tidak ada EOQ Challenge tetapi akan dianjurkan oleh universiti lain... so anda boleh training sekarang untuk mewakili UiTM Kedah...

Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Skuad Penyelamat Pantai JPAM Kuala Muda, PDRM Daerah, Bahagian Keselamatan dan Staf-staf Sukan yang bersedia membantu....

terima kasih sekali lagi... oklah geng KeReX's anda bleh menumpukan segala perhatian anda kepada exam yang bakal menjelma tidak lama lagi... dan kepada peserta yang akan ke Gunung Kinabalu teruskan latihan anda... kini latihan fasa ke-2 akan bermula...



Selasa, 23 Februari 2010

EOQ Challenge UiTM Kedah - Lata Mengkuang, Sik

salam...

berkat kerja kuat AJK Kelab, 24 pasukan berjaya
menghabiskan laluan 12 km yang laluannya agak susah... seperti dalam entry yang lepas, peserta akan melalui jalan berbukit kemudian akan melalui curam buluh-buluh, melalui sungai dan seterunya berbukit kembali... begitulah... track yang kak izan - penasihat kelab dan juga ketua projek carikan..

alhamdulilah... dan bersyukur sangat sebab takde yang hilang, takde yang cedera teruk dan juga pengsan... walaupun ada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sik datang dan ikut sebagai penyelamat... sebelum peserta dilepaskan peserta terlebih dahulu membuat warming up.. bagi mengelakkan sebarang kecederaan... tetapi masih ada juga yang main2.. hmm... what to do.. perangai manusia bukanlah boleh sangat diubah...huhhuhu...

sementara menunggu peserta EOQ dilepaskan, beberapa AJK yang merangkap Urusetia telah pun berada di check point laluan-laun genting supaya... peserta tidak sesat atau salah memasuki lorong... hehehehe....

so En Shahrin Hj Ismail, Pegawai Sukan telah melepaskan semua peserta pada jam 9.30 pagi... dan berakhir pada jam 3.00 petang setelah semua peserta makan, mandi manda di Lata Mengkuang, Sik...

peserta diberi roti, air mineral dan coklat sebagai bekalan....

en shahrin dan kak izan bersedia untuk melepaskan peserta yang tak sabar-sabar nak masuk hutan.... sebenarnya... ramai peserta menganggap sukan lasak ini adalah satu sukan yang boleh mencabar diri mereka sendiri... mencari erti 'kengkawan' dan espirit 'de corp dalam sesuatau perhubungan persahabatan...

peserta masih lagi boleh ketawa.. hmm.. sukanya mereka ni... tak tahukah track yang kak izan buat tu amatlah sukar... hmm...

panjat bukit... lenguh gak la...

kemudian turun curam buluh... kawasan curam ni klau hujan lagi licin tapi... dalam keadaan tak hujan ni pun ada peserta jatuh... dan luka.. kesian dia... hehehe... cabaran anda...!

meniti batu-bati sungai... jika perlu peserta terpaksa melalui air... heheheh... dugaan betul..!

dari meniti sungai... kena panjat bukit plak.. hmm... dalam suara peserta yang bersama-sama orang belakang dok tanya.. "bila nak sampai.. jauh lagi ker..." kami ajk hanya ketawa jer....


ni lah ajk bersama-sama pasukan yang terakhir sampai... nadia peserta yg pakai baju hitam dok kejang kaki pun leh senyum... hahahahah... kira ok lagi lah tu...

adalah si otai thirah masuk hutan pakai selipar... ceh! tapi takde plak pacat hinggap kat dia...pakai ilmu ke cik thirah ooi..!

ni lah... bergambar bersama-sama kak izan, yg pakai sandle kuning.... hmm..
tapi masa nak amik gambar ni... punya lah susah untuk mengumpulkan peserta yang ramai-ramai ni... sampai kak izan terjerit-jerit... hmm...


gambar kandid reramai...

so... bagi yang berjaya ke FINAL... bersedia dan traininglah... kerana final track lebih mencabar dan peserta akan melakukan 3 cabaran disiplin iaitu berbasikal, berkayak dan marathon... tarikh akan diumumkan kemudian oleh Unit Sukan...

dan bagi yang berjaya ke Final, TAHNIAH dan GOOD LUCK ok... bagi yang berjaya, jangan putus asa... semester depan akan ada lagi... dan semua peserta Extreme Challenge adalah yang TERBAIK...!!


Khamis, 18 Februari 2010

EXTREME OUTDOOR QUEST CHALLENGE TERTUTUP UiTM KEDAH

salamKeReX's semua...

hahahhaha.... tak lama lagi... so means lagi 2 hari jer lagi Unit Sukan dengan kerjasama Kelab Rekreasi Sukan Lasak akan mengadakan Pertandingan Sukan Lasak atau nama komersil nya EXTREME OUTDOOR QUEST CHALLENGE... korang budak2 kerex's perlu tabah hati dan kuat mental untuk melaluinya... kerana track kali ini agak sukar dan hanya peserta yang mempunyai ketahanan mental dan ketabahan hati saja yang akan berjaya... kalah menang pertandingan ini bukannlah bergantung kepada siapa yang cepat sampai atau menghabiskan perjalanan tetapi... kerjasama pasukan menjadi penentu utama kejayaan anda semua...




so inilaha banner untuk 20hb Februari 2010...

so kita jumpa disana yer.... kak izan, is dan hamdi telah pun pergi recce track tu... dan senang sangat bagi 3 orang yang memang hati batu dan otai2... so...

JANGAN LUPA KENGKAWAN DAN PESERTA  EOQ CHALLENGE UiTM KEDAH... malam esok jam 8.30 malam... kak izan selaku penasihat dan ketua projek akan memberi taklimat keselamatan, pakaian dan persediaan anda di DS 2... kehadiran adalah wajib...!!!


Ahad, 7 Februari 2010

Extreme Outdoor Quest Challenge

Yuuhu... ok skang nie mesti korang tertanya - tanyakan... hehehehe nie la... pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Sukan dengan kerjasama KeReX's ada semester nie.. post yang sebelum nie pun dah diterangkan pasal program nie kan..... hahahahaha so macam mane ??? Mari la join kami... ok... hopes pertandingan nie dapat dijalankan.... Kami ingin mencari pelapis-pelapis yang hebat.... hahahahaha...Kalau nak tahu lagi... nanti final boleh datang ke tanjung dawai tengok macam mane feelnya pertandingan nie... bagi sokongan kat peserta-peserta huhuhu.. 

ok lah upih pun penat sebenar nie... hehehe jumpa lagi kerex's...

Selasa, 2 Februari 2010

BooTh KeReX's..

salam rekreasi....

baru-baru ni Kelab Rekreasi dan Xtreme Sport telah membuka booth tempahan t-shirt kelab. ramai diantara ahli kelab telah menempah t-shirt. pada masa yang sama Penasihat Kelab Rekreasi telah menyediakan jadual untuk latihan kayak dan jungle trekking untuk semua ahli Kelab Rekreasi dan Xtreme Sport sahaja. Latihan ini akan di adakan pada setiap hari sabtu bulan Mac nanti.

Kenapa lambat..? untuk makluman semua Semester ini adalah pendek untuk membuat persiapan dan aktiviti. Banyak aktiviti korikulum wajib diadakan pada hari jumaat dan Pihak Pengurusan UiTM Kedah lewat meluluskan aktiviti yang telah dirancang dan dihantar pada awal November 2009. So.... aktiviti yang sepatutnya dilakukan pada awal Januari terpaksa diubah pada bulan Februari.... pada masa yang sama... pelajar akan bercuti pertengahan semester pada 11 Februari sehingga 20 februari... so bila masa nak buat aktiviti sukan dan riadah.... hmmm....

oklah.... bulan 2 ini Unit Sukan UiTM Kedah dengan kerjasama Urusetia Kembara Lata Lembu Emas akan mengadakan Extreme Outdoor Quest Challenge iaitu pada 20 Februari 2010. Sebenarnya EOQ Challenge ini hanya akan disertai oleh Ahli Kelab Rekreasi dan Xtreme Sports sahaja, namun begitu... Unit Sukan telah mengambil inisiatif untuk ruang dan peluang kepada bukan ahli kelab kerana difahamkan komander-komander Kesatria UiTM Kedah mahu mengambil peluang ini sebagai persiapan fitness dan mental bagi menghadapi Jamboree Kesatria yang bakal diadakan pada Bulan Mei nanti...

Taklimat wajib akan diadakan pada 19hb Februari pada jam 8.30 malam di Dewan Sarjana 1... peserta yang menyertai perlu menghadiri taklimat ini kerana.... pada malam tersebut no peserta dan T-shirt ahli Kelab akan diberikan dan penerangan jadual dan aktiviti serta trek yang bakal dilalui oleh peserta akan diberikan pada masa yang sama.... bagi ahli Kelab Rekreasi dan Extreme Sport, perlu memakai t-shirt kelab yang boleh didapati dari Ajk Keusahawanan iaitu Saudara Saifullizan...

EOQ Challenge ini akan diadakan 2 kali persaingan sahaja yang berlainan tempat dan masa... menurut Unit Sukan, persaingan pertama disertai oleh 25 pasukan sahaja. Dari 25 pasukan... 5 pasukan yang terbaik dan terpantas akan ke Final untuk menentukan kejuaraan. Hadiah berupa wang tunai RM250 untuk JOHAN...

so ahli Kelab... anda dinasihatkan memulakan latihan fitness kerana persaingan anda bukan sahaja diantara ahli Kelab malah... dikalangan Komander Kesatria dan beberapa orang ahli dari lain-lain kelab... jangan berputus asa sebelum berjuang... ok...