Otai-otai Outdoor

Ahad, 7 Februari 2010

Annual General Meeting 2010


Salam satu Malaysia… huhuhu kali nie upih nak ceritakan mesyuarat agung kami yang pertama kali pada semester ini… kehadiran para ahli memang mengejutkan kami kerana ramai sangat yang nak join..

Kalau dibandingkan dengan semester lepas , mungkin berlipat kali ganda… huhu Alhamdulillah..

rezeki kelab kami … yang penting kelab nie masih dapat diteruskan lagi…
Yang ramainya perempuan kalau upih tak silap la.. hehehe… ada diantara mereka yang ditemu bual oleh upih, diorang cakap diorang masuk kelab nie sebab nak main kayak & nak join aktiviti yang extreme-extreme…. Kan bagus tu

takde la.. kita nie terperuk kat bilik… betul tak ??
Sekali sekala kita kena hayati alam nie… sambil-sambil lakukan aktiviti riadah yang dapat meningkatkan stamina
serta dapat menambah pengalaman – pengalaman baru yang mana mungkin kita tidak akan dapat selepas kita habis study nanti... heheheh.. siapakah yang rugi....
Apela upih merepek nie kan.. hehehehe bergurau jew…. Kesimpulannya upih and the geng happy la.. sebab banyak program akan dijalankan semester ini….


Harap-harap semester depan ramai lagi la junior-junior yang nak masuk kelab kerex nie.... hehehehe

yang penting semangat tu kena ada ..... jangan masuk sebab kupon yea adik-adik sekalian....




salam......

Extreme Outdoor Quest Challenge

Yuuhu... ok skang nie mesti korang tertanya - tanyakan... hehehehe nie la... pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Sukan dengan kerjasama KeReX's ada semester nie.. post yang sebelum nie pun dah diterangkan pasal program nie kan..... hahahahaha so macam mane ??? Mari la join kami... ok... hopes pertandingan nie dapat dijalankan.... Kami ingin mencari pelapis-pelapis yang hebat.... hahahahaha...Kalau nak tahu lagi... nanti final boleh datang ke tanjung dawai tengok macam mane feelnya pertandingan nie... bagi sokongan kat peserta-peserta huhuhu.. 

ok lah upih pun penat sebenar nie... hehehe jumpa lagi kerex's...

Selasa, 2 Februari 2010

BooTh KeReX's..

salam rekreasi....

baru-baru ni Kelab Rekreasi dan Xtreme Sport telah membuka booth tempahan t-shirt kelab. ramai diantara ahli kelab telah menempah t-shirt. pada masa yang sama Penasihat Kelab Rekreasi telah menyediakan jadual untuk latihan kayak dan jungle trekking untuk semua ahli Kelab Rekreasi dan Xtreme Sport sahaja. Latihan ini akan di adakan pada setiap hari sabtu bulan Mac nanti.

Kenapa lambat..? untuk makluman semua Semester ini adalah pendek untuk membuat persiapan dan aktiviti. Banyak aktiviti korikulum wajib diadakan pada hari jumaat dan Pihak Pengurusan UiTM Kedah lewat meluluskan aktiviti yang telah dirancang dan dihantar pada awal November 2009. So.... aktiviti yang sepatutnya dilakukan pada awal Januari terpaksa diubah pada bulan Februari.... pada masa yang sama... pelajar akan bercuti pertengahan semester pada 11 Februari sehingga 20 februari... so bila masa nak buat aktiviti sukan dan riadah.... hmmm....

oklah.... bulan 2 ini Unit Sukan UiTM Kedah dengan kerjasama Urusetia Kembara Lata Lembu Emas akan mengadakan Extreme Outdoor Quest Challenge iaitu pada 20 Februari 2010. Sebenarnya EOQ Challenge ini hanya akan disertai oleh Ahli Kelab Rekreasi dan Xtreme Sports sahaja, namun begitu... Unit Sukan telah mengambil inisiatif untuk ruang dan peluang kepada bukan ahli kelab kerana difahamkan komander-komander Kesatria UiTM Kedah mahu mengambil peluang ini sebagai persiapan fitness dan mental bagi menghadapi Jamboree Kesatria yang bakal diadakan pada Bulan Mei nanti...

Taklimat wajib akan diadakan pada 19hb Februari pada jam 8.30 malam di Dewan Sarjana 1... peserta yang menyertai perlu menghadiri taklimat ini kerana.... pada malam tersebut no peserta dan T-shirt ahli Kelab akan diberikan dan penerangan jadual dan aktiviti serta trek yang bakal dilalui oleh peserta akan diberikan pada masa yang sama.... bagi ahli Kelab Rekreasi dan Extreme Sport, perlu memakai t-shirt kelab yang boleh didapati dari Ajk Keusahawanan iaitu Saudara Saifullizan...

EOQ Challenge ini akan diadakan 2 kali persaingan sahaja yang berlainan tempat dan masa... menurut Unit Sukan, persaingan pertama disertai oleh 25 pasukan sahaja. Dari 25 pasukan... 5 pasukan yang terbaik dan terpantas akan ke Final untuk menentukan kejuaraan. Hadiah berupa wang tunai RM250 untuk JOHAN...

so ahli Kelab... anda dinasihatkan memulakan latihan fitness kerana persaingan anda bukan sahaja diantara ahli Kelab malah... dikalangan Komander Kesatria dan beberapa orang ahli dari lain-lain kelab... jangan berputus asa sebelum berjuang... ok...






Sabtu, 30 Januari 2010

Promosi Hangat!!!!




Hah! Kini Kembali maaf.... semua huhuhu lambat nak update.... hik!hik! cam yang korang tengok sebelah nie.. mesti korang tahu kan.... hahahaha baju kerex paling latest dan mungkin paling smart... mungkin la... tak tahu ape pendapat korang...
Rugi kalau korang semua tak beli baju nie... dah la murah smart + simple lak tu... huhuhu...

Jarang2 nak ade nie tau...baju nie khas kat uitm kedah jew... lain3 kedai tak jumpanya...... jadi upih harap semua ahli beli k... hehehehe

kalau semua sama + seragam kan gempak tu... baru stylo sikit kerex kita... hahahahah baru orang lain kenal kita nie kelab ape.... hik3

Baju Lengan Pendek : RM23.00
Baju Lengan Panjang : RM26.00

Murah BEB!!!!!!!!!!!!!!!!! Jangan Lupa beli ye... wajib nie...... untuk semua aktiviti kerex... ok! huhu

Jumaat, 28 Ogos 2009

MASKOM Langkawi Challenge 2009

Kerex`S UiTM Kedah telah menyertai MASKOM Langkawi Challenge 2009 yang dianjurkan oleh Majlis Seketeriat Kolej Komuniti SeMalaysia Kementerian Pengajian Tinggi pada 10 hingga 16 Julai 2009 di Pulau Langkawi, Kedah. UiTM Kedah adalah IPTA Jemputan bersama-sama UniKL Ekpedisi ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan diantara Kolej Komuniti dan IPTA yang lain di samping menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar Kolej Komuniti dan IPTA jemputan . Jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 165 org terdiri daripada para pensyarah, pegawai sukan, dan juga pelajar. Para peserta dilepaskan sebanyak 50 kayak double dan 10 kayak single di mana pada 110 orang berkayak serentak.

Isnin, 24 Ogos 2009

Annual Grand Meeting Kerex`

Annual grand meeting kami di DS1 sungguh mengejut kami para ajk kerana bilangan ahli baru student perempuan sungguh ramai .. yang penting kita semua enjoy dengan aktiviti-aktiviti yang KeRex` adakan... Namun kebanyakkan aktiviti pada semester ini terpaksa DIBATALKAN atas sebab-sebab tertentu terutamanya Wabak Influenza H1N1 yang semakin menular dinegara kita... Sama2 kita berdoa kepada ilahi agar wabak ini dapat dibasmi dengan cepat dan dapatlah kita menjalani bulan ramadhan yang mulia ini.. sekian dari saya si udin kerex...

Khamis, 2 April 2009

Percubaan Kayak Baru UiTM Kedah

Bestnya cuba kayak baru.. heheh ape tu kayak... hah! nie meh upih bagi tahu... kayak tu sejenis sepupu kepada sampan2 di Malaysia nie.. ala leh la main3 dalam tu... heheh bahaya kalau kita takde orang profesional nie.. kalau main kat taman lain la... UiTM baru je beli bulan lepas kot... banyak la jugak...so penasihat kita nie p la try kat semeling tu... sampai Pantai Merdeka kalau tak silap dengan pelajar3 dia sekali la... huhuhu saya tak ikut bub tak di ajak kih3... takpe kita bagi orang dewasa dulu ya... hehe

Isnin, 16 Mac 2009

KeReX’s KEDAH TAWAN GNG LEDANG

Pada 5 Mac 2009, Ahli Kelab Rekreasi dan Sukan Xtreme UiTM Kedah bertolak ke Melaka pada jam 6.45 petang. Kami sampai di Bandar Melaka pada jam 6.00 pagi 6 Mac 2009. Dah sampi je tu kitaorang semua buat la ape yang patut untuk tunggu malam harinya.. Pas je malam kami berkumpul dan melakukan warm up untuk mendaki Gunung Ledang sambil menunggu pasukan Renjer Hutan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Muar yang akan bersama-sama kami sepanjang pendakian. Kami memilih untuk memulakan pendakian pada waktu malam adalah untuk melihat matahari terbit di puncak Gunung Ledang.